Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 14, 2011

SELANJUR BERCINTA

Assalamualaikum...

Ini adalah lirik lagu dari Aisyah. Aku terjemahkan lirik ini dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Kadang-kadang mendengar lagu ni bukan sekadar untuk suka-suka atau untuk menghilangkan kesedihan je. Banyak yang tersirat di sebalik tiap bait perkataan itu yang boleh menyedarkan kita. Itupun kalau nak sedar la... =))

~~~~~~~~~~~~

SELANJUR BERCINTA

Masih tiada ikatan, walau telah lama berpasangan, hanya bahasa meyakinkan hubungan kita.
~> Dah lama bercinta namun tiada ikatan yang kukuh, sekadar mengucapkan ungkapan cinta dan sayang semata-mata..

Dengan suara yang syahdu, dapat kau lukis hatiku, keindahan mimpi-mimpimu.
~> Masih lagi bermain dengan kata-kata serta pandai memujuk..

Apakah benar cinta berbunga, harum di dalam jambangan jiwa, sehingga aku asyik terlena olehnya.
~> Bila bercinta, segala jiwa dan minda seakan-akan terbang di awang-awangan kerana terlalu banyak berangan..

Rindu berlarutan, mimpi berpanjangan, namun belum ada kenyataan.
~> Terus berangan-angan dan bermain dengan perasaan untuk sesuatu yang belum pasti..

Mahligai masih lagi, terapung di awangan, dalam madah seloka cinta.
~> Bercinta dan berjanji untuk hidup bersama namun hanya sekadar bermain kata-kata sahaja..

Berapa lama lagi, perlu aku nanti, rindu ini mencecah ke bumi.
~> Banyak masa yang telah terbuang hanya untuk menanti dan terus menanti..

Segala janjikan menjadi nyata, dan bertapak mahligai bahagia.
~> Masih mengharapkan segala janji yang ditabur menjadi kenyataan..

Bukan aku memaksa, tapi selanjur bercinta, biar sampai berumahtangga.
~> Dah bertahun-tahun bercinta, sudah tentulah nak kawen dengan orang yang dicintai tu..

Biar kita beralas adat, demi menjaga bangsa berdaulat, agar kita dapat syafa'at di akhirat.
~> Bercinta macam mana sekalipun, kenalah pandai menjaga dan mengawal nafsu agar tidak terlanjur...




p/s: Sekadar letak lirik lagu kat status fb pun nak dijadikan isu. Yang dia tu dok memaki hamun orang, mengumpat sana-sini tu boleh la pulak.. Nyampes...

12 Tukang Tembak:

NoonaQQ said...

kak azz,minat kt aisyah... lau kak aisya humaira nyanyi mcm ne ea? mst top jgk..hehehe..

org ni kak azz,kita xleh tutup mulut depa. yg makin haram dan dilarang hok tu la yg makin org ska..tui idak kak azz? ceyh~hahaha

Acik Erna said...

azz..tengok tjuk pun akak dah tau lagu aisyah..
azz..sapo la yang suko kacau azz ni kan..
sajo dio suko tu azz..tak do isu tak best pulak.

naqiah said...

kak azz translate abeh... translate lagu y menang juara lagu ari tu plak.. hahaha

miss ct said...

Assalamualaikum kak azz...
kak azz suka lagu aisyah ya??
ct suka gak..tp jarang dgr =)

Anonymous said...

assalam kak azz...bagusnya siap translate ke dalam bahasa kebanyakan lagi...hak3.mana lagunya kak azz?ada vclip or mp3?...leh sambil2 menghayati dgr lagu...sape laa tuu maki hamun dgn lirik indah nie?tak patot tak patot

Cik Azz said...

noonaQQ>

Minat lagu je.. Mana yg ada maksud tersirat tu, lagi la akak minat.. ngehh3..

aisya humaira menyanyi..??

Betul tu, biar aje la depa tu..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kali ni tajuk kena dgn isi cerita.. hehehe...

Takde apa2 la kak... Saje je nak kongsi pendapat...

Cik Azz said...

naqiah>

Tu la tu... ingat pasni nak translet lagu2 korea pulak la... hahaha...

Siapa juara lagu hr tu ehh..?? Tolong ingatkan akak boleh tak.. =D

Cik Azz said...

miss CT>

Waalaikumussalam CT... Sekadar minat je... Dengarpun jarang jugak.. Entri ni hanya untuk mengingatkan diri sendiri dan juga sesiapa je yang sudi...

Cik Azz said...

AdamXis>

Waalaikumussalam Adam.. Ni dah terjemah abeh dah ni.. Kalau takde yang faham, tak tau la... haha..

Video lagu ni kat youtube takde la... Yg ada dari penyanyi lain.. Malas la nak kongsi.. Nak yang asli je... ngehh3...

Takde sape la yg marah pasal lagu ni.. Dorang maki hamun benda lain tu.. kihh3..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Aisyah memang penyanyi pujaan makcik dari dulu. lagu -lagu dia semua best. suara dia dari dulu sampai sekarang tak berubah.Selanjur bercinta memang lagu peberet makcik.

Cik Azz said...

Cik Ina>

Saya ni suka lagu Melayu dia je.. Kalau masa dia dgn fanclub dia dulu takde la minat sangat..

Tp lagu2 dia mmg kena dgn jiwa karat sy ni.. hahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)