Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 12, 2011

Terkesima sepuluh saat..!!!

Assalamualaikum.....

Terkesima sepuluh saat...!!!
Jadi la, kang lama sangat terkesima, terberhenti pulak denyut nadi tu... hikk..

Untuk kali yang pertama, blog dapo aku mendapat kunjungan yang melebihi dua visitors dalam satu-satu masa. Terharu seketika. Terkesima sepuluh saat tatkala melihatnya. Selalunya hanya nombor 1 je yang terpampang kat sebelah kiri tu. Tapi semalam jumlah tu menjadi 19..


Rasa macam tak percaya je. Maklum la kan, blog dapo aku tu bukannya pemes macam blog masakan yang lain (malas nak bagi free backlink... ahakk...). Mana ada orang yang nak masuk sangat.. huhuhu... Kiranya ni dah pecah rekod la ni... Mana pernah dapat statistik macam kat bawah ni. Nak dapatkan 3 visitors seharipun semput den. Tambahan sekarang ni blog dapo aku tu dah lama tak berasap... hahaha...


Terima kasih la pada semua yang menjengah blog dapo aku tu ya walaupun cuma 5 orang nuffnangers je yang masuk. Mana datangnya UV yang banyak tu..? Tak kan 5 orang ni punya kerja..? Mungkin yang lain tu bukan nuffnangers ataupun bukannya bloggers. Mungkin dorang masuk blog dapo aku tu melalui satu webpage yang lain. Aku tau dorang tu datang dari webpage mana satu, tapi biar la rahsia... kehkehkeh..


Harap-harap lepas ni dapat la BE dari pihak Nuffnang. Dah lama tak dapat BE ni... Giler aiihh..!! Baru dapat visitors camtu dah bajet nak dapat BE macam blog bla... bla... bla... (sekali lagi malas nak bagi free backlink)... =)

p/s: Hari ni line asyik on and off je. Takpe la, mungkin dia demam lagi tu. Maklum la, sekarang ni cuaca tak menentu.. agagagaga...

14 Tukang Tembak:

Cik Sarah said...

Kak azz mmg bnyk peminat! XD

Fariq said...

kak azz kan pemes.. mesti la org nak masuk blog2 kak azz.. maybe yg lain tu dtg dari search engine kot.. cube check kat referral nuffnang tu..

Angah said...

wahh..tahniah ye...
dapo pon ada blog ye...

noonaQQ said...

mst dorg x tggl kn link,btui x kak azz..hehehe

kak Erna said...

azz..tahniah..banyak resepi kek blok dapo tu yang boleh dicubo

CWL wanie LovelA said...

tahniah sudi folow saya balik hehehe

~ Cik Azz ~ said...

Cik Sarah>

Err... Sejak bila pulak akak ramai peminat ni.. Followers ciput je tu... huhu...

~ Cik Azz ~ said...

Fariq>

Ni lagi sorang.. Tah pemes tang manapun akak tak tau... hahaha..

Akak tau la dorang datang dari mana.. Tak payah nak tengok kat referral dah.. kehh3...

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Terima kasih ya...

Buat blog dapo tu sbb nak share resepi yg disimpan dalam buku.. Lama2 nnt buku kena makan lipas, rugi je kan... Baik letak kat blog, dapat gak org lain mencuba...

Ada ke yg nak mencuba? Entah2 orang takut nak cuba sbb takut tak menjadi... hakk3...

~ Cik Azz ~ said...

noona>

Tu la tu... Tp kalau yg masuk tu bukan bloggers, mana dorang nak cari link.. ngehh3..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Ontah la kak... Resepi takdo la banyak sangat... hehe...

~ Cik Azz ~ said...

CWL Wanie>

Macehh ya... Akak dah jenguk dah blog Wanie tu... :D

nur hafiza rahsid said...

tahniahh kak asz! akak bukan takat pemes dekat belog aje. dekat kapet pun sama! :D~

~ Cik Azz ~ said...

Nur Hafiza Rahsid>

Errr... Pemes kat kapet..??

Bila pulak akak lalu atas kapet ni...??

Kamu dah salah orang agaknya ni... hahaha...

Apapun, orang dah ucap tahniah, so akak ucapkan terima kasih banyak2 la yaa.... muahahahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »