Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, April 11, 2011

1-2-3-4.. Tekan-tekan, tak dapat-dapat..

Assalamualaikum....

Jari-jemari aku yang dempak memulakan sessi mendail...

Tekan satu kosong kosong...

Selamat datang ke TM..

Untuk Bahasa Malaysia, tekan satu..
For English, press two..

Tett... Tekan satu...

Untuk melaporkan kerosakan, tekan satu..
Untuk pertanyaan bil dan bayaran, tekan dua..
Untuk produk dan perkhidmatan, tekan tiga..
Untuk perkhidmatan kad panggilan TM, tekan empat..
Untuk perkhidmatan telegram, tekan lima...

Tett... Tekan tiga...

Pelanggan yang dihormati, sekiranya anda mengalami gangguan perkhidmatan, sila semak bil terkini anda. Akaun anda mungkin digantung buat sementara... bla..bla..bla...

Tekan satu...

Kami akan menyambungkan panggilan ada dengan pegawai yang bertugas. Sila tunggu...

Okay, tunggu...

Semua pegawai yang bertugas sedang sibuk. Sila tunggu sebentar..

Takpe, tunggu lagi..

Pegawai yang bertugas masih lagi sibuk. Sila tunggu sebentar..

Fine, I can wait... =)

Pegawai yang bertugas masih lagi sibuk. Sila tunggu..

Nak tunggu ke tak ni...? Dah masuk kali ke-8 dah dia suruh tunggu...

Tunggu kejap lagi la...

Pegawai perkhidmatan kami masih lagi sibuk. Sila tunggu sebentar...

Tetttt..!!! Tekan button dan terus letak gagang telefon...

Tak kuasa dah nak menunggu. Menunggu nak tanya pasal line streamyx yang sengal je dah ambil masa. Belum lagi disoal-selidik macam-macam. Tanya daftar atas nama siapa la, tanya contact number la. Tanya guna modem apa la...

p/s: Baik aku tekan tubi. Untung-untung kempis gak perut.. Boleh la jadi model iklan macam kat tv tu.. "Lihat perutku..., rampingkannn...."...Huhuhu....

12 Tukang Tembak:

kak Erna said...

azz..memang paneh hati dibuek e..bukan TM yo..mano2 pun kalau tipun sekarang ni cam tulah..banyaak bona suruh tokan naik boring dibuek e..

Mr.Kerro said...

bukan TM je celcom pon sama..hehehehe

Fariq said...

saya biasa tekan 1 je memula utk kerosakan. pastu tekan #.. tak sampai 2 minit diorang angkat.. malam2 pun ada kekadang.. hoho.. nak tekan 3 asek tak bley je.. pelik betul

latest -
Tukang Cerita Lagi Hebat Dari Tukang Kayu

nur hafiza rahsid said...

hehehe kak az.. sabau jelah macam tu kan. memang leceh sikit kan kalau macam ni

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Biasa tu , sampai naik hangat hati. sibuk sangatlah dorang tu. makcik kalau call KWSP selalu cam tu.he he apa kata kita bako kita bako je.

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Tu yg buek makin hangen tu kan kak.. Ghaso nak tokan yoo jondul dorang tu... hehehe...

~ Cik Azz ~ said...

Mr.Kerro ensem>

Ooo.. Sama jugak ke..? Bukan celcom tu terbaik ke skang ni..? Ke dah terbalik dah... haha..

~ Cik Azz ~ said...

Fariq>

Tu kalau tipon rumah ko rosak, mmg la tak banyak sangat nak kena tekan.. Ni masalah tenet, masing2 macam malas nak layan je... Gaji nak pulak tu.. ceehhh...

Ko kalau tak boleh nak tekan nombor 3, ko tekan je perut ko tu.. toingg.. toingg.. toinggg... kehkehkeh..

~ Cik Azz ~ said...

Nur Hafiza Rahsid>

Memang nak kena sabau la ni... haha...

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Jommm... bako je mana yg tak berkenan di hati.. Lepas bako jangan lupa goyang2 tangan.. pastu sebut soleyy... soleyyy... hahaha..

miss ct said...

Assalamualaikum kak azz...
ct pun pernah gak call tm..mcm tu gak..klu ramai sgt..ct xtunggu..ct bg nama..dgn no phone..suruh pihak tm call balik..hehehe.. jimat =)

~ Cik Azz ~ said...

Miss CT>

Waalaikumussalam..

Err... kalau kol TM guna talian tetap kena caj ke..? Bukan free ke..?? Huhuhu..

Akak lak malas nak bagi no enpon.. Dah bnyk kali bagi dah, dok cmtu jugok... hahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »