Assalamualaikum...
Secawan kopi panas dan sepinggan ubi kayu goreng...
Mengimbau kenangan lalu...
Hmmm... Aroma kedua-duanya sangat menusuk lubang hidung.. hehe..
Malam tadi seawal jam 7.45 malam, hujan mulai turun dengan bunyi guruh dan petir yang saling berbalas tembakan serta kilat yang sabung-menyabung mengingatkan aku kepada tragedi runtuhan tanah yang berlaku dua hari lepas..
Menjadi kelaziman kat rumah ni, jika cuaca berada dalam keadaan begitu, segala suis akan ditutup termasuklah suis tv walaupun gambarnya tak hilang. Dalam keadaan tak boleh nak tengok tv ataupun mengadap lappy, apakah kerja paling mudah untuk dilakukan..?
Ni la kerja aku malam tadi sebelum keadaan 'perang' itu berakhir... hehehe...
Buat secawan (se-mug..?) kopi panas...
Ubi kayu ni adalah pemberian jiran sebelah rumah. Berderet pokok ubi kayu yang dia tanam kat tepi pagar bersempadan dengan rumah aku ni. Mak aku dah siap kopek kulit ubi kayu tu dan tinggalkan kat dalam sinki. Bila hujan turun, perutpun mulalah berdondang sayang. Apa lagi, terus je aku potong ubi kayu tu dan goreng.
Sepinggan ubi kayu goreng panas. Goreng dengan campuran kunyit-garam-serbuk lada sulah...
Pagi ni aku goreng lagi saki baki ubi yang tinggal. Ada jugak yang aku rebus sebab ubi kayu ni cepat buruk atau masuk angin kalau dibiarkan lama-lama.
Bila makan ubi kayu ni, mula la teringat zaman masa mula-mula pindah ke sini. Inilah yang selalu kami makan, ubi kayu goreng atau ubi kayu rebus dicicah dengan sambal belacan ataupun kelapa muda bercampur garam. Makan beramai-ramai kat beranda sambil melihat hujan yang menitis. Teringat kat arwah abah yang berebut-rebut mengambil ubi rebus tu seakan berlumba makan dengan kami..
Teringat jugak cerita emak di zaman Jepun memerintah dulu. Menurut mak, kalau nak masak nasi, mesti campurkan dengan ubi kayu. Pakcik aku iaitu adik mak sampai menangis-nangis cakap kat mak aku tu supaya jangan kaghih nasi tu sebab tak mahu ubi kayu tu hancur. Kalau ubi tu hancur, maknanya dia terpaksa makan nasi bercampur ubi kayu sedangkan dia dah jemu dek setiap hari makan ubi tu. Masa zaman Jepun, beras kena rampas kalau tak disorok. Waktu tu, nak makan nasi punyalah susah. Sekarang ni, nak makan ubi kayu pulak yang susah. Susah nak dapat..
Nota: kaghih = kacau
p/s: Ubi kayupun dah mahal sekarang ni. Apa lagi, jom kita tanam ubi kayu jom... =)
8 Tukang Tembak:
kecik2 suka makan ubi kayu rebus
memang feveret ah
azz..sodap e ubikayu goreng..anak2 akak suko boto tu..tapi..nak tanam kek mano azz..boli yo la..nak boli pun tinggu ari sabtu baru ado..
umang sodap eh tu. nak poie bencuh kopi la cenihhh....
teringat pulak maso kekocik dulu. Ujan-ujan onyen solalu buek ubi robus, lenyek dalam upih. makan mo kolapo parut dan gulo pasir. dapek pulak kupi paneh.. memang tak boleh bangun sobab ngadapkan ubi sampai habih.
Aimi dan Pakcik Hashim>
Kann... Lebih2 lagi kalau ubi tu muda, sedap dan lembut je... hehe..
Kak Erna>
Makan taim paneh2 kak... tu yg sodap tu.. Sokojap yoo dah langsai.. haha..
Yo la.. kek sinipun solalu boli gak kak... huhu...
Tijah>
Sila2 bancuh barang seteko bosa, pehru simpan dalam termos.. sonang nak ngulang... hehe...
Kak Pah>
Kan.. Memang nostalgia sungguh maso dok kampung.. Pehtu makan lak dgn jiran2, anak2 dorang, dok ateh pangkin... tak sodar ubi tu dah abeh.. hehe..
Post a Comment