Assalamualaikum....
(Semua boleh test kat sini.. :P)
Saja nak test kelajuan line internet aku ni sebab rasanya line streamyx kat rumah aku macam dah laju sikit dah. Takde dah putus-putus macam sebelum ni kecuali kalau hujan lebat sangat tu, ada la dia hilang sekejap. Kalau hujan tu lama dan ada pulak petir, kilat dan seangkatan dengannya, lagi lama line tu hilang sebab aku off suis.. kehkehkeh...
Hari tu masa takde line, orang TM tu bagitau yang kabel kena curi. Pastu dia kata kabel yang kena curi tu adalah kabel optik sebab pencuri tu tersalah potong.. hahaha. Setahu aku kabel optik ni untuk pengguna Unify sebab orang TM tu kata dorang terpaksa bertungkus-lumus menyambung semula kabel tu dengan segera kerana kebanyakan dari pengguna tu bil dorang riban-riban. Maksud dia, dorang kena setelkan masalah untuk peniaga yang punya bil yang banyak dulu sebelum beralih kepada orang macam aku ni. Okay la, akupun faham jugak situasi macam tu. So, tak perlulah nak bersungut... :P
Sebenarnya aku bukannya faham sangat pasal speed test ni tapi saja gatal jari nak test jugak.. huhu... Result diapun bertukar-tukar setiap kali restart. Kalau result macam ni, agak-agaknya laju ke tak line aku ni ehh sebab aku ambil pakej yang murah je. Okay la kot..
p/s: Selamat berhujung minggu untuk semua. Selamat bersantai dengan tenang. Jangan nakal-nakal tau. Duduk je kat rumah tu basuh kain baju yang berlonggok tu.. hehe..
8 Tukang Tembak:
jgn caya sgt speedtest ni.. tak penah nye nak tepat.. kalo nak test gak.. guna byk tempat.. kat site streamyx pon ade gak speedtest, kat p1 punye pon bley test, kat speedtest.net pon bley..
brq.. tenet kwn tetibe je laju balik.. whohohoho
pengetahuan sy bab ni pun agak kurang gak.tambah lak guna brdbnd je pun.huhu...
ok la tu KOT...huhu...
azz..akak lagi tak paham apo2..he he..nak buek speed test pon tak tau..
janji ado laine dah azz..kok tak do dan putus2 tu yang nak marah yo tu..
Fariq>
Sama je guna yang lain tu.. Cuma lari 2-3 point je...
Akak sebenarnya bukan nak suruh cuba speed test tu.. Tapi nak bagi link web tu.. Macam2 boleh kita 'jejak' dan 'explore' kat situ.. kehkehkeh..
Elok la kalau line ko dah laju... :P
APAN>
Sama la... Sayapun lagi tak berapa nak faham dengan benda2 camni.. Tu yg cuba nak share tu... huhuhu..
Kak Erna>
Akak klik je kat button tu kak.. Nnt dio proses la line speed akak tu..
Boto tu kak.. Kalau line asek putus2 ni buleh buek hangin satu badan.. hehehe..
kalo akak bukan kaki download, laju jer speed tu.. ;)
Kyo_9>
Oo.. cmtu ehh...
Memang akak bukan kaki download pon... Tak retipun nak download2 movie ni.. Kalau download lagu kat 4shared tu akak tau la.. hehe..
Post a Comment