Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 3, 2011

Main masak-masak lagi...

Assalamualaikum....

Main masak-masak lagi...
Kali ni buat roti ikut resepi Kak Pah...
Seperti biasa, resepi ada kat blog dapo aku..
Kat situ ada backlink untuk ke entry Kak Pah mengenai resepi roti ni...
Kak Pah punya roti lagi mengancam woooo...
Dengan gambar-gambar yang menarik lagi...
Kecur liur tengok...

 Selepas diadun....

 Timbang betul-betul.. 

Kak Pah kata sebiji bola berat dia lebih kurang 50gm. So, aku ikut la cakap sifu...

 Dapat 23 ketul...

 Okay, dia dah mengembang dah.... 

Sebelum masuk ke dalam oven.. 

 Bakar dalam 10 minit, lepas tu keluarkan sekejap untuk taburkan parutan keju di atasnya. Pastu bakar lagi hingga masak...

Selepas dikeluarkan dari oven...

Yang ni aku bagi abang aku dengan anak-anak dia sebab dia duduk rumah lain. Aku siap asingkan sebab anak-anak buah yang ada kat rumah ni dok menanya dan mengintai je.. hehe... Kali ni tak dapat nak bagi jiran merasa... huhuhu...

p/s: Terima kasih banyak-banyak Kak Pah. Menjadi jugak roti ni walaupun bahan yang aku gunakan tak sama dengan bahan yang Kak Pah gunakan. Maklum la kan, aku ni duduk kat ulu banat, susah nak cari bahan-bahan ni... Guna aje la mana yang ada...

8 Tukang Tembak:

ibundo said...

azz,
wah.. meghuti ekau yo. Sodap ko.. Kok botul adun e ghuti ni akan menjadi tersangatlah lombut.
Kono buek solalu tu untuk kasi perfect.
tahniah..

Cik Azz said...

Kak Pah>

Mekasih kak... Tu la, ingat nak buek lagi... Anak buah ni dok tanyo2 yoo haa... Malam tadi masing2 dapek makan 2 kotul sorang..

Sey uli guno tangan yoo kak... Kok guno mesin pengadun tu, lagi la lombut.. Sey ado mesin tu, tp tak tau nak guno... Nak kono panggil akak ipar datang rumah ajar dulu.... hehehe..

Acik Erna said...

azz..akak pun tak ponah buek ghuti laie ni..nak kono cubo yo ni..nanti nati poie ambik resepi..timo kasih azz.

Cik Azz said...

Kak Erna>

Akak cubo la kak.. Memang monjadi... Ni pun aado gak bahan yg tak samo dgn yang Kak Pah guno an tu...

Sey dah duo kali buek kak... Malam tadi buek pehtu pagi tadi buek lagi... Longuh kaki tangan ni haa... Tp takpo, tengok dorang suko makan, ilang longuh2 tu... hehe...

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik azz ko ni wat suspen je , rupanya ko dah tukar gambar. acuan tu beli kedai bakery ada je.murah tak sampai 10 ringgit, berapa biji cik ina lupa plak. amboi lepas ni boleh wat , nak ambik resepi ye.

Cik Azz said...

Cik Ina>

Hahaha... Cik Ina ni suspen manjang... hehe..

Ooo... ada jual kat kedai cmtu ehh..? Mungkin kakak ipar saya tak tau cmner rupa acuan tu agaknya, tu yg dia tersalah beli tu.. huhu..

Resepi tu takpe, nanti saya google je... Tp kalau nak bg resepi Cik Ina, apa salahnya... Kecik tapak tangan, dulang 10 tingkat saya tadahkan... hehehe...

Anonymous said...

kalau aku jd jiran ko
untung makan free

Cik Azz said...

Aimi dan Pakcik Hashim>

Kalau setakat 2/3 ketul tu boleh la aku bagi free, tp takde la sampai mengenyangkan perut.. Kalau nak kenyang betul2, kena la masak sendiri... hehe...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)