Assalamualaikum...
Mengaji... Bukan menggaji...
Malam tadi aku 'ter'tengok TV1. Ehh, ada siaran langsung musabaqah peringkat kebangsaan laa. Rupanya dah malam kedua dah. Serius aku tak tau sebab aku dah jarang bukak TV1 sebab dah takde drama yang best untuk dilayan di waktu pagi. Malam memang aku tak tengok tv sangat. Aku bukak je tv tu, tapi aku cuma dengar je dan tak fokus sangat la. So, malam tadi aku tengok la siaran langsung tu sampai habis. Amin...
Bila tengok musabaqah ni, teringat pulak aku masa aku masuk pertandingan begini di zaman aku sekolah dulu. Kalau tak silap aku masa tu umur aku dalam lingkungan 13-14 tahun. Aku masuk musabaqah tu untuk kategori kanak-kanak. Semangat sebab dapat peluang masuk tu, tambahan pulak arwah abah akupun masuk jugak untuk kategori dewasa.
Ada seorang kawan aku yang masuk bertanding jugak. Kesian kat dia sebab masa dia tengah mengaji tu, tiba-tiba je mukasurat Al-Qur'an tu terselak sebab terkena tiupan angin kipas yang diletakkan betul-betul berhadapan dengan tempat duduk tu. Mula-mula sikit je mukasurat tu terselak. Namun, ianya menjadi celaru bila kawan aku agak menggelabah menyelak-nyelak mukasurat tu dan akhirnya dia tak dapat nak meneruskan pembacaan sebab masa dah tamat. Masa dia habis dengan mencari mukasurat surah yang dia nak baca tu tapi tak jumpa. Dah la malam tu dia tak pakai cermin mata dia, lagi la susah nak mencari... huhuhu..
Bila keputusan diumumkan, aku dapat la nombor dua manakala arwah abah aku dapat nombor tiga. Seronok sangat sebab masing-masing menang walaupun bukan tempat pertama. Aku dapat hadiah yang berupa set jag dan gelas enam biji dan arwah abah aku dapat apa tah, lupa dah aku. Sampai sekarang gelas dan jag tu masih lagi ada dalam almari rumah aku ni walaupun gelasnya dah pecah sebiji. Maklum la, nipis sangat gelas tu, jatuh sikit je dah terburai...
Tak lama lepas tu, aku terpilih pulak untuk mewakili FELDA aku ni. Kiranya masuk peringkat daerah la tapi antara FELDA je. Aku terpilih sebab pemenang pertama tak dapat nak menghadiri pertandingan kali ni. Kiranya penarikan dia tu menjadi rezeki untuk aku la.
Untuk pertandingan kali ni, aku belajar tajwid dan lagu dengan arwah pakcik ketua blok aku sebab diapun pernah beberapa kali masuk pertandingan musabaqah ni. Sebelum ni, aku mengaji dengan arwah abah aku je tapi arwah abah aku tak pandai sangat mengaji berlagu ni. Kalau setakat untuk bacaan sendiri tu boleh la. Yang mana panjang, yang mana pendek, yang mana satu harakat, yang mana dua harakat, yang mana idgham dan selebihnya tu aku tau la sikit-sikit dari arwah abah aku.
Nak dijadikan cerita, secara tiba-tiba gigi aku sakit dan gusi berdenyut-denyut masa malam nak bertanding tu. Aku dah mula menangis dah dan cakap kat mak aku yang aku tak nak masuk bertanding. Mak aku ikut sekali ke FELDA Lurah Bilut, tempat berlangsungnya pertandingan ni. Mak aku pujuk jugak aku. Mak cik jiran aku yang turut bertanding untuk kategori wanita dewasa jugak turut memujuk aku dan mencari ubat tahan sakit. Seboleh-bolehnya dorang nak aku masuk bertanding jugak.
Akhirnya, aku dapat jugak membaca surah walaupun dengan keadaan sakit gigi dan tak selesa selepas diberi makan pil tahan sakit tu. Dan keputusannya aku dapat nombor tiga. Alhamdulillah, takde la aku sedih sangat... hehehe.. Hadiahnya apa ehh, aku lupa lagi... hahaha...
Kalau dulu aku boleh habiskan satu ayat dengan satu nafas je, kini satu nafas tu dah menjadi tiga nafas. Nampak sangat banyak lemak terkumpul kat perut. Tu yang buat nafas tersekat-sekat tu huhuhu. Kalau dulu bacaan laju dan lancar je, namun kini bacaan merangkak-rangkak dan tersasul-sasul menunjukkan bahawa dah lama tak baca Qur'an melainkan baca surah Yasin di malam Jumaat je. Sadis sungguh...
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan aku makan,
Suruh mengaji aku tak tau... huhuhu...
p/s: Mudah-mudahan tahun ni aku dapat khatam lagi sekali setelah sekian lama tak mengaji. Alhamdulillah, sekarang dah mula nak lancar balik bacaan aku walaupun bacaan aku dah tak berlagu dah..
18 Tukang Tembak:
wah..rupe2nyer kak azz ni pernah msuk muhasabaqah ye..hehe...mesti sweet tringat kenangan lame tu kn :)
bagusnya pernah menang mengaji
Izzatie Wanie>
Saje mengimbau kenangan lalu... Takde niat apa2pun buat entry ni.. :)
Kenangan yang manis wajar untuk dikenang, tak gitu..?
Roza Ami Nanomiya>
Mekasih... Tapi aku bukannya bagus sangatpun.. Sekadar kebetulan aje semua tu.. Rezeki jugak sebab dapat melihat tempat orang.. :-)
Terbelit lidah aku nak sebut nama baru ko ni.. Pak cik Hashim tak marah ke ko tukar nama baru ni.. Kang dia majuk kang, jenuh ko nak pujuk.. hehe..
waa..azz..bagus tu..rugi tak teruskan..pandai azz tu sampai dapek nombor.
akak sampai sekarang poi lagi mengaji seminggu sekali dengan ustaz..kalau tinggal nanti takut amo2 lupo kan..tapi tak ka dapek selalu..kadang2 tu seminggu sekali yo.tu pun kok ustaz e tak do kono bori ceramah kek masjid.
kakpah ngaji tak pandai melagu...
dapat katam setahun sekali pun dah cukup daripado bertahun2 tak katam2 hehe..
Kak Erna>
Tu la kak, ni baru nak mulo mengaji balik.. Ngaji sendiri2 yoo la nampak gayo ehh.. huhu...
Kak Pah>
Sy ni dulu yoo ngaji berlagu ni.. Skang ni ngaji camtu yoo la..
Boto kato akak tu.. Sey dh ponah khatam dah dulu.. Cuma ni dah lamo tak khatam.. Ni yg nak kono mulokan balik ngaji ni.. Harap2 dapek la khatam..
lebih dri sekali gak menang tu.tahniah2...
hidup FELDA!.huhu...
tahniah...mantan juara musabaqah rupanye...mesti merdu suara akak...
APAN>
Hahaha.. FELDA gak ke..?
Maceh la ya.. Malu lak rasanya.. hehe..
Angah>
Manade juara... Kan tempat kedua dgn ketiga tu.. Juara orang lain la.. Akak lak layak nak jadi juara... Juara merapu boleh la.. kehkehkeh...
Tenkiu.. Tp suara akak takde la sedap sangat.. Kalau masuk ujibakat AF, konpem kena out dulu dah.. hahaha..
anak FELDA gak la.huhu...
APAN>
Ooo.. FELDA mana agaknya tu.. Itupun kalau tak keberatan nak bagitau..
Saya bukan anak FELDA... Cuma membesar di FELDA je.. Menumpang rezeki ALLAH kat bumi FELDA ni.. Alhamdulillah.. :)
oh gitu ke...sy felda chini...kat pekan nun.huhu...
APAN>
Ooo... Saya tak pernah sampai lagi kat sana.. Jauh sangat rasanya... hehe..
Dekat dengan Tasik Chini tu tak..?
betol la tu...dah nme pun same.huhu...jemput la dtg.ada naga.haha...
APAN>
Wahaha... Tang naga tu tu yg tak nak dengar tu... Kat area sini lak ada kebun buah naga.. hehe...
Post a Comment