Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, June 6, 2011

Tadaaaaa.....!!!

Assalamualaikum...

Tadaaaaa.....!!!

Ni la yang jadi dengan inti semalam tu. Aku buat karipap versi roti gardenia. Aku tiru idea ni dari dapur Kak Pah lagi. Tenkiu Kak Pah sebab kongsi idea. Tak pernah terfikir lak nak buat macam ni... Resepi inti versi aku ni ada kat sini ya.. :P

Aku suruh abang aku belikan satu bantal roti gardenia yang panjang tu. Tapi roti tu takde dan dia belikan dua bantal roti gardenia yang pendek. Habis semua roti tu aku jadikan karipap segera ni.. Manakala kulit yang dipotong tu aku suruh anak sedara campak kat dalam kolam ikan keli.. Keceburrr air kolam tu berbunyi... haha...

Potong tepi roti tu untuk buangkan kulitnya. Tapi aku potong kiri kanan je... Sayang lak nak buang banyak-banyak.. hehe.. Pastu lenyek/gelek roti tu hingga leper/nipis. Letakkan inti kat tengah-tengah..

 Sapukan tepinya dengan campuran tepung gandum + sedikit air supaya melekat...

 Lipatkan roti yang sudah berinti tadi... Tekan-tekan sikit..

 Tekan dengan garfu untuk menguatkan lagi tepi roti tu...

Beginilah rupanya sebelum digoreng....

Tadaaaa...!!! Inilah hasilnya selepas digoreng dengan api yang sederhana. Jangan gunakan api besar sebab roti ni cepat garing...

 Perut kecik.. Makan dua keping je dah kenyang... hehe..

 Assistant cilik aku sekejap tadi... haha...

Aksi masing-masing bila bergambar.... huhu... Maaf la ya, dapur aku berkecah sikit... ;)

Karipap roti ni sedap dimakan masa panas-panas tu. Tapi anak buah aku sekarang ni tengah makan untuk second round kat dapur tu haaa.. Siap tanya aku lagi boleh makan lagi ke tak karipap roti tu.. haha... Aku cakap, makan je la... janji jangan buang...

p/s: Asyik tempek gambar makanan je kan... Okay la tu dari tempek gambar muncung.. kehkehkeh...

10 Tukang Tembak:

Dzu Aamal said...

wah~ ni nak terai buat niey.. :hoho cam sedap.. lagi2 dimakan dengan roti gardenia ;)

witLURVE said...

nk kak azz...... waa.. mcm sedap jee...

anymz said...

seronok lah bebudak ni makan yo..

umiawadah said...

wow...tak sangka roti dah jadi karipap..senang sangat...idea baru ni...tq share ye...

Anonymous said...

jd anak buah ko memang untung
jd jiran pon sodap gak

Cik Azz said...

Cik Ladies>

Buat la... jangan nak hoho manjang..

hoho jugak laa...

haha...

Cik Azz said...

witLURVE>

Sila2 buat sendiri ya.. Resepi dgn cara nak buat semua dah ada dah.. Jangan nak malas2 masuk dapo tau... :)

Cik Azz said...

anymz>

Iyo ehh... Inti ado laie ni.. Dorang suruh buek lagi, tp maleh lak nak poie kodai boli ruti tu...

Cik Azz said...

ummiarissa>

Tu la kan.. Sy pun tak sangka jugak.. Terima kasih jugak kat blogger Kak Pah tu.. Dia yg share resepi ni.. Sy cuma panjangkan aje...

Cik Azz said...

Aimi dan Pakcik Hashim>

Kadang2 je dorang untung jadi anak buak aku ni.. haha..

Ko pulak bila nak jadi jiran aku..?

Kehh3...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)