Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, July 24, 2011

Aktiviti hari ni.. :-)

Assalamualaikum...

Aktiviti hari ni.. :-)

Pagi tadi masak sup ayam sahaja.. 

1/2 ekor ayam potong ikut suka + **8 ulas bawang merah + **3 ulas bawang putih + **1 inci halia + 10 biji cili padi di potong dua + sebungkus perencah sup tulang bunjut adabi + 2 sudu makan serbuk sup adabi + garam + secubit serbuk perisa.. Reneh sampai mendidih dan masukkan 4 biji kentang yang dibelah dua dan dipotong dua lagi..

**Kisar


Ini untuk makan tengahari.. :P

Ini pulak untuk dimakan begitu sahaja... Mana la tak buntal... kehkehkeh...

Lepas tu, petangnya pulak aku buat cupcakes strawberry. Resepi ikut resepi kakak aku tapi aku ubah sikit mengikut kesesuaian. Aku kurangkan telur sebiji dan 30 gm gula sebab aku nak tambah 50 gm tepung gandum, 40 gm jem strawberry dan 125 ml susu segar. Dan aku tambahkan juga sedikit garam dan coklat chips..






Memang gebu habis la.. Tak percaya, cuba la buat... :-)

p/s: Seperti biasa, kalau nak resepi tu kena la masuk kat blog dapo aku tu ya.. :P

10 Tukang Tembak:

NoonaQQ said...

kak azz,sedap nye kek comel tu..huhuhu..

beruntung la suami kak azz nti,kenyang dia sebab kak azz yg masak hri..hehe.. nyam..nyam..

Unknown said...

wah...lame dah tak makan sup ayam...
nampak besh.. kalau pekene dgn sambal tumis ikan bilis nie mmg sedap giler nie cik azz kan...
(sambl telan air liur)

Anonymous said...

sedap lunch

ibundo said...

sup ayam ni sodap makan begitu saja..
takyah makan nasik pun takpo.

wuih.. buek kapkek ekau azz. Gobu pulak tu.

Cik Azz said...

noonaQQ>

Nanti Noona cuba la buat kek tu.. Manatau hasil tangan Noona lagi bagus dari akak...

Suami ehh.. Aminn... hahaha...

huhuhu...

Cik Azz said...

Cik Aletheea>

Hehe.. Selalu makan dgn sambal tumis ke..? Akak lak suka makan sup tu samada makan dgn nasi atau ratah cmtu je.. Tak suka lak nak campur2 dgn benda lain sbb takut aura sup tu hilang... hehe...

Cik Azz said...

Kapten Atok>

Entah la sedap ke tak bagi ko Fatt...

Mehh la lunch sesama... :-)

Cik Azz said...

Kak Pah>

Kann... Sodap hirup camtu yoo... Mau habih duo mangkuk.. hehe..

Kapkek tu tak berapo nak menjadi la kak sobab bahagian ateh ehh tu macam lombab yoo.. Mungkin sobab sey guno oven yg api ehh kek bawah yoo kott...

Takut lak nak panjangkan maso mombakar tu, kang hanguih lak kapkek tu.. huhu...

Kak Pah agak apo sobab ehh jadi camtu...?

scya lollita said...

adehh , cyes ttbe ase nak makan .

Cik Azz said...

Scya Lollita>

Eheh... Makan je la..

Ke tengah puasa... huhu...

Tenkiu ya sudi singgah dan komen... :-)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)