Assalamualaikum...
Kita lupakan tentang isu semalam...
Kita ambil iktibar atas apa yang cuba disampaikan oleh Pak Nil tu. Bagi aku, tujuan Pak Nil tu hanya untuk memberitahu agar kita tidak bertindak sedemikian di khalayak ramai sementelah kita sedang berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni.. Terdesak macam manapun, cubalah cari port yang bersesuaian.. :)
Akupun ada jugak kisah yang berlaku di dalam bulan puasa ni. Dan aku rasa, korangpun mesti punya kisah tersendiri yang menjadi kenangan..
Aku juga pernah menyaksikan perkara yang sama yang telah Pak Nil saksikan tu. Bezanya, Pak Nil terjumpa orang yang makan tu kat cafe yang tidak begitu ramai yang melihat sedangkan aku nampak dengan jelas orang yang makan ni di meja yang diletakkan di kaki lima kedai makan yang menjadi laluan orang ramai lalu lalang... haha..
Kisah ni dah lama dah iaitu sewaktu aku bekerja kat Johor dulu. Manakala kejadian tadi berlaku tatkala aku dan tiga orang kawan seasrama pergi ke Woodlands, Singapura untuk membeli sedikit barang yang akan dibawa pulang raya nanti. Maklum la, masa tu nilai ringgit Malaysia agak tinggi berbanding dengan dollar Singapura tu. Konon-kononnya shopping sakan la padahal beli satu set teko seramik made in china dengan kerepek belinjau je.. kehkehkeh... *aku la tu... =.='
Sedang kami berjalan-jalan dan mata melilau mencari barang, tiba-tiba salah sorang daripada kawan aku bersuara. Dia ni mulutnya agak kepoh sikit. Lurus bendulpun ya jugak minah sorang ni... haha.. Boleh pulak dia cakap kuat-kuat kat aku, "kak, tengok orang tu tak puasa" sambil muncung dia mengarah kat sebuah meja yang di atasnya dipenuhi dengan makanan dan minuman. Orang tu pulak terus je memandang ke arah kitorang manakala aku pulak dok bebelkan kawan aku tu sebab keterlanjuran kata-kata dia tadi. Minah sorang ni mana nak mengalah. Dia kata, "selamba je dorang tu makan. Tak kena tangkap ke?"
Dan kami yang bertiga ni menjawab serentak, "ni Singapore la. Dorang mana nak kisah sangat benda-benda ni semua.." dan minah tadi terus persoalkan kenapa kerajaan Singapura tu macam tu. Lotih nak jawab. Dah la puasa... hohhh...
Oh ya, yang sedang rancak menikmati hidangan tengahari tu terdiri daripada seorang wanita bertudung, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 tahun. Aku anggarkan mereka adalah satu keluarga dan disebabkan wanita tu bertudung, sudah semestinya aku anggap mereka adalah orang Melayu.. Mudah sangat orang Melayu ni layu.. huhuhu... Bila tengok dia suapkan anak dia air batu campur tu, terus aku telan air liur aku.. Kecor jugak weiii... hahahaha..
Sememangnya aku setuju sangat jika orang yang tak puasa kat negara kita ni, yang makan samada di khalayak ramai atau menyorok dalam kedai, dikenakan tindakan yang sewajarnya dan bukannya semata-mata ditangkap dan didenda sahaja. Apa agaknya hukuman yang lebih berat untuk dorang ni ehh..? Ehh, malu la weii pakai kemeja siap dengan seluar slack dan ber-tie bagai, tapi kena cekup masuk dalam van jenazah.. Macam ni ke nak jadi calon menantu... huhuhu...
Kami kucing, takpe kalau tak puasa.. ahakkk...
Siapa yang tak nak puasa tu, boleh la jadi kucing macam kami... uhukkk....
p/s: Hormati bulan Ramadhan. Jauhi kapel-kapelan kerana kapel-kapelan ini selalunya mengundang ke arah raba-rabaan, gesel-geselan, pegang-pegangan, rayu-rayuan, cumbu-cumbuan dan sebagainya.. Faham-faham sendiri la ya... Bawak-bawak la bersabar... :-)
0 Tukang Tembak:
Post a Comment