Assalamualaikum..
Cara murah dan mudah redakan atau hilangkan sakit tekak...
Sekarang ni cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Selalunya cuaca sebegini akan menyebabkan kita mudah mendapat selsema yang diikuti dengan sakit tekak dan batuk.
Baru-baru ni aku juga turut terkena virus selsema dan sakit tekak ni dan juga batuk yang memeritkan. Puas la dok sreett sana, sreett sini namun tidak jugak pergi klinik even klinik tu dekat je dari rumah. Kepalapun pening jugak sekejap tapi aku takdepun makan pil atau ubat demam, apatah lagi panadol. Selagi aku boleh tahan, aku akan tahan sampaikan mak aku dah mula bagi ceramah percuma.. :-)
Poie la klinik gak ehh.. Buleh pulak tahan-tahan sakit tu...
Takde maknanya aku nak pergi klinik tu. Terus je aku teringat satu petua yang diberikan oleh arwah ustazah aku sewaktu di zaman persekolahan dulu. Sempat lagi tu imbas kembali.... Apapun, Al-Fatihah untuk arwah...
Petuanya ialah:
**Ambil dua sudu nasi dan masukkan ke dalam gelas. Lepas tu, masukkan air kosong/masak. Kemudian, minumlah air rendaman nasi tadi seperti minum air kosong. Jika air dalam gelas tu dah habis, boleh tambah lagi airnya. Nasi yang berendam tu tak akan berbau jika kita masak nasi tu dengan betul. Minumlah berulang kali sehingga sakit tekak berkurangan..
Aku hari tu dalam dua hari je dah okay dah sakit tekak aku dan selsema akupun turut hilang bersama hilangnya sakit tekak tu. Apa yang penting, jangan biarkan sakit tekak tu dah teruk baru nak cari penawar. Seeloknya, bila dah terasa sakit sikit-sikit tu, terus je minum air rendaman nasi ni.. Takde la ambil masa yang lama untuk recover. Dan inilah petua yang selalu aku amalkan. Lagipun bukannya bagus minum ubat batuk ni, ya tak..? Takut nanti addicted lak..
Kalau ada anak-anak kecil sekitar umur 4-5 tahun yang penakut atau coleh nak minum ubat, boleh la cuba bagi air rendaman nasi ni kat dorang dengan syarat jangan la bagi dorang nampak nasi yang berendam tu. Kang takut pulak dorang nak minum. Budak-budak la katakan.. Sebaiknya, asingkan air tu dan jika takut dorang terasa lain je air tu, campurkan sedikit dengan jus sirap atau jus apa aje sebagai cover rasa nasi tu..
Ni merupakan pengalaman aku la. Tak tau la samada petua ni menjadi atau tidak kat orang lain. Selalunya dalam tiga hari dah okay dah sakit tekak tu.. Tapi tak salah untuk mencuba, kan.. Kalau dah dua tiga hari minum air rendaman nasi ni dan masih tak okay lagi tekak tu, boleh la pergi klinik..
p/s: Kalau sakit tekak atau batuk disebabkan merokok , itu dah takde ubatnya dah melainkan stop being a smokers.. Kalau tak nak berhenti jugak, pokok dek ekau la haaiihh...
6 Tukang Tembak:
azz..boleh cubo petuo ni..omak akak dulu bagi tau.air nasi tu embun an..baru minumm..ni kok setakat rondam yo mudah sikit nak buek kan..
belom penah tau lagi petua rendaman air nasik nih.huhu...
Bagus petuo ekau ni azz. Macam tetau yo akak tongah batuk ni..
Kak Erna>
Ha'ah, sonang yoo kak.. Tak payah nak bg ombun2 dohhh.. Lagipun ombun skang ni mudah tocoma dek poncomaran yg bololuaso...
APAN>
Sekarang dah tau, boleh la cuba nanti.. But you have to quit smoke la dik...:D
Kak Pah>
Insyaallah, dgn izin Allah, baik la nanti batuk akak tu.. Yg ponting kito mencubo, kan...
Post a Comment