Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, December 24, 2011

Jatuh tergolek... gedebukk...

Assalamualaikum...

Jatuh tergolek... gedebukk...

Lepas Asar tadi aku pergi kat belakang rumah sebab nak tengok anak-anak buah aku ambil buah manggis. Disebabkan buah kat dahan yang rendah dah habis, maka dorang terpaksa la panjat pokok manggis tu. Maka, kedua beradik ni pun panjat la pokok manggis tu. Yang seorang panjat pokok yang sebelah kanan dan aku jadi tukang sambut buah manggis tu kalau dia baling nanti. Manakala yang seorang lagi tu panjat pokok yang di sebelah kiri dan mak dorang yang jadi tukang sambut..


Sampai dahan atas tu... Ada berani..? Tak berani punya, kan... :D


Keadaan tanah yang tidak sekata waktu ni memang licin sebab dah dua hari hujan yang sekejap turun, sekejap berhenti. Takut juga aku kalau-kalau jatuh tergolek. Akupun punyalah berhati-hati menapak sambil mengutip buah manggis yang terjatuh ke tanah tu.. Dalam pada tu, sempat juga la aku merakam aksi anak buah yang kat atas pokok tu... hehehe...


Lokasi kejadian... =))


Sedang asyik mengutip buah manggis kat atas tanah tu, tiba-tiba je aku jatuh tergolek dan terus menggelungsur secara mengiring ke bawah. Punya la cuak aku masa tu. Mujur la pendek je gelungsur buatan tu.. Kalau tidak, dah tentu aku terus masuk ke dalam longkang macam dulu tu... ;)

Mujur juga masa aku jatuh tergolek tu takde siapa yang nampak. Budak yang kat atas pokok tu pun tak nampak sebab terlindung dek daun-daun manggis tu. Aku cuma bagitau je kat dia yang aku jatuh tergolek.. Pastu dia ketawa je la dan cakap, 'tu la, sape suruh ambik gambar..'... Aku gelak je la.. kehkehkeh.. Lagi la bernasib baik sebab anak-anak buah yang kecik-kecik tu ada kat dalam rumah...


Dah lama tak main lumpur... kehkehkeh....


Tak lama lepas tu, akupun naik la ke atas. Aku tinggalkan dorang semua meneruskan kerja mengutip buah manggis tu. Aku nak kena mandi lagi sekali padahal baru je lepas mandi.. huhu.. Masuk dalam rumah, akupun bagitau la kat anak buah yang kecik-kecik tu yang aku jatuh tergolek masa kutip buah manggis. Apa lagi, bersepai la dorang gelakkan aku.. See, tu baru bagitau je tu.. Belum dorang tengok live lagi... Kalau la dorang semua nampak masa aku jatuh tergolek tadi, mau terkencing-kencing dorang gelakkan aku... muahahaha...

Ehh.., lupa pulak nak bagitau. Anak-anak buah aku yang panjat pokok manggis ni kedua-duanya perempuan.. Manakala ada seorang anak buah lelaki ni bila mak aku tanya dia tau panjat pokok ke tak, terus dia jawab tak tau sebab dia tak pernah panjat pokok.. hahaha... Pastu, boleh pulak dia kata takde pokok nak panjat. Terus je aku jawab, tu haa..., ada lagi pokok manggis, pergi la panjat.. Terus je dia tersenyum mengulum... Takut la tu... hikk...

Begitulah kisah di sepetang yang singkat tadi. Kalau dah tersurat nak jatuh tergolek masa kutip buah manggis, maka akan jadilah ia... Kunfayakun... :-)

p/s: Sakit pinggang den. Tadi masa baru-baru jatuh tergolek takde rasa apa-apapun... Rasa ringan je badan menggelungsur ke bawah... Sekarang ni dah mula terasa sakit dah... Adehhh....

8 Tukang Tembak:

PeJuAnG CinTa said...

best nyer ~

SYAF said...

sedap buah manggis.. hihi

NoonaQQ said...

tak sakit ke pinggang tu kak azz? takut terjatuh terhentak ke ape.. hati2 tau kak azz.. =)

noona tak pandai mam buah manggis..hikhik

miss ct said...

Assalamualaikum kak azz...
sedapnya manggis..nak sdkt..hehehe...hati2 ya kak.. rehat baik2 =)

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Pejuang Cinta>

Best tergolek, kan...

huhuhu...

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

SYAF>

Sedap, tapi akak kurang suka sebab warna kulit manggis tu melekat kat tangan.. :-)

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

NoonaQQ>

Masa tergolek tu takde rasa apa-apapun... Lepas tu je baru ada rasa sengal... Sakit jugak la ponggong ni.. hehe..

Makan manggispun tak tau?
:adess

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Miss CT>

Waalaikumussalam CT...

Nak ke..? Kena la panjat sendiri... Boleh..? Hahaha...

Okay, tenkiu CT...
:syg

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »