Assalamualaikum...
Dalam seronok, ada juga yang tak seronoknya... ggrrr....
How's your holiday..? Ada baik ke tara baik..? Seronok tak cuti-cuti Malaysia..? Pergi mana je korang cuti raya cina hari tu...? Aku tak ke mana-manapun, just stay at home like usual.. Terbaik punya percutian.. kehkehkeh... Takde bajet nak jalan-jalan makan angin macam korang.. Nak jalan-jalan naik keretapun tak cukup bajet, apa lagi nak naik belon.. huhuhu..
Cuti hari tu rumah aku penuh dengan sepupu sepapat iaitu anak-anak arwah makcik aku (kakak mak aku..) bersama keluarga masing-masing. Dua keluarga tu datang pada hari Ahad manakala empat keluarga lagi datang pada hari Isnin. Adik-adik aku dengan keluarga dorangpun ada balik jugak. Kakak aku yang duduk kat Labis tu pun balik jugak tapi dia dari jalan-jalan ke Terengganu dan Rantau Panjang. Banyak jugak keropok losong yang dia bawak.
Memang havoc la sekejap rumah ni.. Penuh kiri-kanan jalan dengan kereta. Dah macam ada kenduri merisik la pulak.. hehe.. Paling seronok dah semestinya mak aku la.. Macam-macam yang dia masak dengan bantuan kakak aku tu sampaikan sepupu aku cakap, duduk sini asyik makan je.. Ada rezeki, makan je la, kan.. Lagipun dorang ada jugak bawa kuih-kuih frozen serta sayur yang dibeli di Cameron Highlands. Aku cuma masak air dengan masak nasi je dan sediakan bahan.. hehehe...
Kesemua sepupu aku dan keluarga dorang balik petang Isnin tu jugak.. Kakak aku balik lepas zuhur hari Selasa. Adik-adik aku balik waktu subuh sebab nak mengelakkan dari tersangkut jammed..
Dalam keadaan ramai-ramai macam ni, ada je benda yang tak diingini berlaku. Ibarat rezeki, datang tanpa kita duga. Begitu jugak halnya dengan musibah, datang tanpa kita minta... huhuhu.. Masa terdesak ni la dapur gas dengan mesin basuh kat rumah ni rosak. Mana nak masak lagi.. Mana nak mencuci kain baju yang melambak lagi.. Memang menyakitkan hati betul.. Ggrrr....
Mujurlah kat rumah ni ada dapur spare dan boleh la digunakan. Tapi mesin basuh, mana nak cekau..? Adik ipar aku dah siap bawak balik dua plastik hitam yang penuh dengan baju kotor sebab mesin basuh kat rumah diapun rosak jugak. Punyalah jauh bawak balik baju-baju tu dengan harapan yang menggunung. Tup-tup sampai je kat rumah, terus lemah semangat sebab mesin basuh tak boleh nak berfungsi. Tak kan nak bawak balik semula kain baju kotor tu, kan.. Nak mencuci manual..? Tak sanggup dia..
Mujur juga rumah abang aku dekat dengan rumah mak aku ni. So, adik aku tadi pergilah bawak kain baju dia ke rumah abang. Menumpang mencuci kat sana.. Selepas dorang semua balik, jadi tugas aku la pulak mencuci kain baju yang menimbun yang ditinggalkan kat bilik mandi. Aku malas nak pergi rumah abang, so, aku cuci sendiri je la. Dah berzaman tak mencuci baju banyak-banyak macam ni. Rasa macam nak patah pinggang aku mencuci tiga besen besar kain baju.. Huwaaaaa....
Semalam, mak aku pergi ke bandar. Beli dapur dan mesin basuh baru.. Nampak gayanya tak dapat la nak menyimpan lagi untuk kenduri besar lepas raya nanti. Musibah, kenapa la kau datang kat orang yang tak berduit macam kami.. Kan elok kalau ko pergi kat orang kaya-kaya yang dah tak tau nak buat apa dengan duit dorang tu... ehehh....
p/s: Cukup la cerita sikit-sikit je... Ni pun dah panjang jadinya.. adeiii... Bukannya seronok baca cerita merapu panjang-panjang ni, kan.. Mesti rasa nak skip je... kehkehkeh...
6 Tukang Tembak:
chill aje, ade hikmah dia kot.. hehe
hamzah ian>
Chill la ni.. huhuhu...
Tp ralat jugak sebab duit melayang macam tu je... adess...
caya lah, cepat je ganti mesin basuh baru, tu tandanye ada duit la tu....
Angah>
Terpaksa korek duit simpanan...
Menyimpannya jarang, koreknya selalu... huhuhu..
Gunung, kalau hari2 ditarah, akan rata jugak nanti, kan..
selagi boleh baca, baca je la apa yg ditulis.pe la sangat.haha...
sabar je la ngan semua tu.mana tau balik modal kat lain lak nanti...
bab blog, da lama nak tanya.misalan nak cari entri sebelum2 ni.agak leceh rasanya.satu page ada 2 entri.mcm blog saya je.dalam blog ni, kalau nak usha entri2 yg lain kena guna button 'older post' tu je.cth kalau ada recent post mungkin boleh membantu...atau blog archive.tpi sy pun x pasang yg ni sebab saya pilih recent post tu :)
APAN>
Hehe... Tenkiu la sebab ko rajin baca cerita akak ni.. hahaha...
Dulu akak ada letak blog archieve tu.. Lepas tu akak buang sbb mmg tak nak bagi orang baca entri2 lama.. Segan la pulak, kan..
Tapi disebabkan ko dah tanya, maka akak letak la balik blog archieve tu.. Jangan selongkar entri lapuk dah la.. Kalau entri yang sekarangpun dah teruk, yang dulu2 lagi la berganda keterukannya.. hehe..
Post a Comment