Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, January 27, 2012

Hukum-hakam yang kita tak berapa nak faham...

Assalamualaikum...

Hukum-hakam yang kita tak berapa nak faham...


Saja je nak kongsikan video ni kat sini...
Sebenarnya banyak sangat yang tak berapa nak faham tentang hukum-hakam ni...
Bukan pasal kat video ni je... Banyak lagi...
Apapun, sikit-sikit cuba untuk memahami...
Belajar dan mencari...
Mungkin itu lebih baik daripada memandai jatuhkan hukuman sendiri...

Yang halal dikata haram...
Yang haram dikata halal...
Tak tau, diam...
Tak tau, tanya...
Tak tau, cari...



Siap ada terjemahan dalam BM lagi.. Bagus, sebab bukan semua orang faham loghat Terengganu ni... 


There are two kinds of people in this world. People who think they're sinners, and sinners who think they're people. Which one are you..? Whether you were right or wrong, it's in the past. What are you going to do about what's already been done..?


p/s: I have nothing to say coz I know nothing about it... So sad... 

4 Tukang Tembak:

Angah said...

nak menuntut ilmu kena berguru...

semoga dipermudahkan utk kita belajar ttg hukum hakam yg mana kita kurang faham

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Betul tu.. Harap2 guru tu ajar yg betul la, kan.. Sbb skang ni dh makin banyak benda yg bercanggah.. Jadi takut pulak.. Takut tersalah pilih..

Mudah2an..

APAN said...

lom penah lagi tengok video ustaz yg ni...boleh gak timbul persoalan camtu...x penah terlintas lansung soalan gitu :)

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Elok jugak ada orang yang tanya soalan camtu, kan... Sebab apa, kita ni kadang2 segan nak bertanya soalan yang kita rasa macam tak rasional je..

Soalan tu tulis kat kertas je pun.. Bukannya Ustaz tu tau siapa yang tanya soalan tu..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »