Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 8, 2012

Rest itu rehat..

Assalamualaikum...

Rest itu rehat..

Sebagaimana tajuk di atas, lepas ni aku nak rest sekejap dari buat entry. Nak rehatkan minda sat. Banyak benda yang nak kena fikir... Dah tak tau nak buat yang mana dulu. So, jalan terbaik adalah rehat sementara ada waktu untuk berehat ni. Rehat buat entry je.. Otak kena kerja jugak... :)

Tak tau la berapa lama nak rest ni. Bukannya boleh percaya sangat. Buatnya tiba-tiba ada mood atau ada idea nak menulis, tak kan nak simpan je, kannn.. Tup-tup malam kang dah keluar entry merapu lagi.. Nak jugak kongsi-kongsi kat sini walaupun tau takde siapa yang baca.. kehkehkeh... 

Sebelum aku berehat, aku nak kongsikan apa yang aku cilok dari sini.. Harap dimaafkan kerana mencilok tanpa izin.. Ampun ya.. ekekekeke... Dan terima kasih atas perkongsian tersebut.. :-)

Renung-renungkan dan selamat... selamat.. selamat... Apa-apa je la... ehehh...


Motivasi untuk diri sendiri.. :)


Wet my own shoulder... I only have Him.. ;)


Takut nanti benci tu bertukar jadi sayang pulak... Parah woooo... :D


Take care friends... Moga semuanya baik-baik saja... Insyaallah... Kalau ada pertemuan, ada la entry baru nanti walaupun entry copy paste aje.... kehkehkeh.... 

p/s: Yang baik itu dari Allah... Yang buruk itu dari kekhilafan saya sendiri...  Thanx for everything.. :-)

8 Tukang Tembak:

APAN said...

jangan pergi x kembali...selamat berehat :)

kyo_9 said...

adakah ini juga bermaksud anda akan "cuti" dari BCR juga :baby

Angah said...

selamat berehat cayang...cepat kembali ok..

Julia Johari said...

akak azz: julia senantiasa mengikuti perkembangan semasa blog akak tau...wajib! mmg terbaik lah motivasi2 diats...wpun pendek tp ia mmg mendalam :) ju doakan akak azz dpt rehat dan tenangkan fikiran elok2 ye...tq akak, nasihat akak buat ju bertambah lega...sometimes bercakap dgn blog buat kita lebih tenang :)

Cik Azz said...

APAN>

Amboii... jangan la sampai camtu.. huhu..

Dah kembali dah ni.. Alhamdulillah.. :-)

Cik Azz said...

kyo_9>

Tempat tu hanya untuk orang yang bijak pandai je.. Akak tak layak untuk berada di situ..

Ukur baju di badan sendiri.. :-)

Cik Azz said...

Angah>

Terima kasih Angah cayangg...

Dah kembali dah ni.. Sekejap2 je la kot.. hehe..

Thanx ya.. :)

Cik Azz said...

With Julia>

Terima kasih Julia atas perhatian julia tu.. Ada jugak orang yang baca blog akak ni walaupun isinya entah apa-apa.. Terharu rasa... huhuhu..

Blog kita ibarat rumah kita.. Ada masa hepi sangat bila masuk.. Kadang kala rasa bosan je nak masuk... Lain masa lak rasa hangin semacam je..hehehe..

Sama2.. Akak tolong sekadar yang mampu je.. :-)

Harap2 Julia dah semakin sihat sekarang..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)