Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 1, 2012

Makan macam kucing.. Kucing makanpun tak macam ko..

Assalamualaikum...

Makan macam kucing.. Kucing makanpun tak macam ko..

Pernah tengok kucing makan...? Bukan makan makanan segera dia tu, tapi makan nasi campur.. Bajet ciput, kena la makan nasi campur macam tuan dia jugak, kan.. kehkehkeh..

Ini bukan nak cakap pasal kucing tu, cuma nak bagi perumpamaan je. Ianya lebih kurang bermaksud seperti makan bersepah-sepah la. Pinggan dah besar dulangpun masih ada lagi nasi atau lauk-pauk yang berterabur atas meja atau atas lantai. Bikin malu saja.. Dah la muka tu hensem/cantik tapi bila part makan, ayoyoyoyo..., kucing tengokpun pengsan.. ahakk... Lantak la masa makan tu sudu garfu nak berlaga asalkan makanan tidak bersepah merata-rata... :)

Salah satu benda yang aku tak suka nak tengok ialah bila ada yang makan bersepah ni. Serius, sangat menyampah. Lebih-lebih lagi kalau orang yang ada akal, yang cerdik pandai yang buat perangai macam tu, memang menyirap je darah menengoknya. Begitu jugak dengan ibubapa yang buat tak tau atau buat bodoh je bila anak-anak dorang buat sepah. Boleh biarkan macam tu je. Kalau makan kat rumah, apa salahnya kemaskan meja dan lantai tu. Kalau makan kat luar, sekurang-kurangnya kemas la sikit meja tu. Kalau kemas lantai sekali takut nanti ada yang kata, esok boleh mula kerja kat sini, ya tak.. hehehe..

Pernah dulu masa makan kat luar dengan anak buah aku, dia cakap kat aku, apsal lak nak kemas, biar je la pekerja tu yang kemas. Dorang kan ada gaji.. Sentap je aku dengar sebab akupun pernah kerja kat kedai makan.. hahaha.. Ko tak rasa macam mana penatnya kerja kat kedai makan ni, sebab tu ko boleh cakap sesuka hati je.. 

Then aku cakap kat dia, apa salahnya kemas. Bukannya susahpun. Susun je pinggan mangkuk ni. Lepas tu lap je la air bekas ais ni. Lain kali kalau nak mudah, letakkan sisa-sisa tulang tu atas tisu, lepas tu letak je tisu tu dalam pinggan tu haa... Itupun susah ke nak buat..?

Dia masih tak puas hati, tetap berdegil dan buat tak tau je. Katanya, malas la nak susun. Kerja dia, biar je la dia yang buat. Kang takde kerja lak dia nak buat.. Sakit hati jugak dengar dia cakap macam ni, tapi sabar... Senyum je dulu macam ni  haa... ^_____^

Aku jawab lagi, apa salahnya mempermudahkan kerja orang. Kan dapat pahala tu, asalkan kita ikhlas. Ko tau tak, kalau kita permudahkan kerja orang, insyaallah suatu hari nanti Allah akan permudahkan kerja kita pulak. Buat pahalapun tak nak. Berkira sangat tenaga tu. Esok lusa kalau Allah ambil balik hak Dia, baru ko tau.. Kasi gertak sikit maaa... hahaha...

Terus dia terdiam dan sengih-sengih sambil membebel... Ye la.. Ye laa... Susah la makan dengan indok ni.. Itu tak boleh.. Ini tak boleh... Aku buat tak layan je. Lepas tu, diapun ikut apa yang aku buat iaitu susun pinggan mangkuk bekas kitorang makan tu dan lap sisa ais atas meja. Jangan bagi alasan takde tisu la.. Nak kena hempuk dengan aku, sila bagi alasan macam tu.. hohoho...

Ada juga satu kes bilamana sepasang pasangan yang pada aku memang perfect la sebab dah la hensem dan cantik, lepas tu gaya pakaian pulak wallaaaa...!!! Dah tentulah mata tak lepas memandang, kan. Tapi akhirnya kecewa sebab bila dorang dah selesai makan, meja dorang punyalah bersepah. Macam-macam yang berselerak atas meja tu. Mana dengan tulang ikan ayamnya. Mana dengan tisunya. Apa la salahnya kemaskan sikit, sesuaikan dengan gaya dan keterampilan diri tu. Buat malu kaum je haiihh.. Isshhh...

Lagi satu kes ni ada kena-mengena dengan kawan sehostel aku jugak. Dia ni kalau makan kat luarpun macam yang kat atas tadi jugak. Suka bersepah-sepah atas meja. Tapi yang ni memang jenis tak makan saman. Aku suruh kemas, dia buat tak tau je. Mungkin sebab dia dah jadi buluh, dah keras dah. Dah tak boleh nak lentur dah. Jawapan dia sama la dengan jawapan anak buah aku tadi. Akupun malas nak bertekak dengan dia, tolong je la kemaskan sebab malu la makan bersepah. Lagi malu bila ada mamat yang kerja kat kedai makan tu memandang sambil tersenyum simpul.. huhuhu...

Satu hari tu masa makan kat hostel dengan dia, masa tu dia dah duduk dah, dah nak menyuap dahpun. Tiba-tiba je dia bangun. Akupun tanyalah dia, nak pergi mana..? Pastu dia cakap, nok g amek pighing. Aku hairan jugak dia nak buat apa dengan piring tu. Bila dia duduk balik, diapun letak la piring tadi atas meja. Aku tanya lagi, nak buat apa dengan piring ni..? Diapun cakap, nok isi tule ike ni laa.. 

Aku cakap lagi, pulak dah.. Hari tu masa makan kat Kotaraya takdepun nak letak tulang dalam piring. Elok je letak atas meja.. Dan diapun jawab laa, hoo laa.. Kat denu ado tuke ngemah. Ado oghe kijo kutip sapoh saghap tu. Hok kat ghumoh ni tok leh, nati Kak Zie bising...

Akupun gelak je la... Lepas tu cakap kat dia, tau pun mu dehhh... Bolehpun makan elok-elok... kehkehkeh... 

Macam mana pulak dengan korang...? Suka ke tengok meja makan bersepah-sepah ni..? Kadang-kadang meroyan jugak, kan.. huhuhu...

p/s: Kalau ada yang terasa tu, bawak-bawak la ubah perangai. Sampai bila ko nak ego.. Hidup kat dunia ni tak perlulah nak berlagak sangat sampai benda semudah itupun tak boleh nak buat sendiri...

8 Tukang Tembak:

Tijah said...

samo la kito. sbb tu kalu makan ghoma dlm tray tu. nak sepah2 pun buh dlm tray tu jugak jgn sampai koto'an mejo.

Angah said...

owhhhh kak azz, kt pantry opis angah ni...selalu sakit mata tengok meja bersepah ngan sisa makanan, heran la kt rumah dorang bersih je, tapi kat opis ni semua jadi malas, nak buang nasi sebutir kt meja pun tak nak...memang heran...

Sharif said...

Saya pernah kerja kedai makna, kerja kontrak, pasar malam

kyo_9 said...

kt Jpon ni mereka sudah dididik sejak dari sekolah ntk basuh pinggan sendiri, masak sendiri, sediakan makanan untuk rakan2 lain mengikut giliran.. jadi bila dah besar, x timbul kot isu makan bersepah, dan juga apa yg kak azz tulis kt atas tu..

malaysiaa~~~~ boleh!

Cik Azz said...

Tijah>

Tak seleso kan kalau makan mejo tu bosepah.. Mano dgn air yang tak berlap lagi... adehh...

Cik Azz said...

Angah>

Sama jugak dgn sesetengah orang tu.. Kalau dia pergi rumah orang, bukan main lagi dia buat sepah.. Tapi kalau kita pergi rumah dia, menjeling je dia kalau tengok kita buat sepah..

Memang heran.. huhuhu..

Cik Azz said...

Sharif>

Bagus ko ni.. Rajin cari kerja part time... Mesti dah biasa tengok keadaan yang bersepah-sepah ni, kan..

Cik Azz said...

Kyo_9>

Kat sini memang la takde ataupun susah nak jumpa apa yang kat Jepun tu buat.. Tapi tak boleh la nak salahkan gomen.. Kita kenalah fikir sendiri.. Ataupun mungkin mereka jenis macam ni memang suka hidup dalam keadaan sebegitu..

Nak kata semuanya bermula dari rumahpun tak boleh jugak.. Sebab kadang2 dalam satu keluarga tu, ada je yang rajin walaupun ramai yang malas... huhuhu...

Pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri.. kan...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)