Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 22, 2012

Anda yang mana satu...? (Which one of you..?)

Assalamualaikum...

Anda yang mana satu...?
(Which one of you..?)


1- How many facebook accounts do you have..?
Kalau buat banyak-banyak akaun facebook tapi tujuannya untuk menipu or something like that, tak guna juga.. Kalau dah dasar penipu dan pembelit tu, memang akan sentiasa create and delete their account... (Pengguna fesbuk di Malaysia merupakan yang paling ramai sekali di dunia iaitu melebihi 12 juta orang..)


2- How many bank accounts do you have..?
Kalau buat banyak-banyak akaun bank tapi kat dalam tu takde isi, pun tak guna juga... Umpama seperti orang yang ada banyak kad kredit tapi rejected...


3- How many houses do you have..?
Kalau ada banyak rumah atau rumah sewa sekalipun, tak guna juga jika ibu bapa dihantar ke rumah orang tua.. Ataupun mereka dibiarkan tinggal di dalam rumah yang buruk dan uzur...


4- How many wives do you have..?
Kalau punya isteri ramaipun tak guna juga jika tidak boleh berlaku adil. Lebih-lebih lagi jika menggunakan mereka untuk kepentingan sendiri.. Lagi tak berbaloi jika isteri-isteri itu menjerut leher anda (suami) ke arah dosa.. 


5- How many childrens do you have..?
Anak yang ramai belum tentu boleh menjaga kebajikan kedua orang tua mereka.. Nak menjenguk merekapun berkira, apa lagi nak menghulur wang ringgit..


6- How many books do you have..?
Kalau ada banyak buku yang tak berfaedah, tak guna juga.. Kalau ada banyak buku berfaedah tapi tak baca, tak guna juga.. Kalau ada banyak buku tapi sebuah Al-Qur'an pun takde, lagi la tak guna..


7- How many cats do you have..?
Banyaaaaakkkkkkkkkkkkkkk...!!! Kenapa..? Nak ke...???


 
Aku rasa aku takde laa dalam senarai kat atas.. 
Tapi..., rasa macam ada la pulak.. 
Yang mana satu ni..? 
Adehh, konpius dah ni haa... huhuhu...



Entry ni tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. Kalau ada yang terasa atau terkena tempias, itu adalah secara kebetulan sahaja... Aku buat entry ni hanya untuk peringatan aku semata-mata.. 

14 Tukang Tembak:

Julia Johari said...

Ehhehehe saya no 6:
Why? because kebanyakkan buku2 yg ju beli lebih bersifat kepada motivasi dan pendidikan kewanitaan...haaaaaaa see mmg byk sgt dlm bilik smpikan husband pula yg plg suka membaca dari julia yg hanya suka membeli tambah koleksi semata2....akhirnya yg khatam baca adalah si suami, so jd tmpt rujukan walking dictionary saya lah ehehhe :)

Cik Azz said...

With Julia>

Okay la tu.. Ada jugak orang yang baca buku tu... Ni kadang2 ada orang tu buku2 dia cantik je terususn kat rak, tapi takde siapa yang nak baca...

Akak tak banyak buku yang ada.. Baca je kat internet... ehehh...

Acik Erna said...

azz..buku banyak..tapi kucing tak do sekor pun..he he..

Angah said...

saya mau kucing....!hehehehe

Tinta Lana said...

Kak Azz,lana no 6! Kita suka beli,baca,balut,simpan dan sayang sangat2 dengan koleksi buku kita. :)

Tinta Lana said...

akak patot tmbh,how many blogs do u have? hak3

Abang Karu said...

saya ada 4 blog....tp yang guna satu ni ja.....hehehhe dulu mula2 men blog ...tak tau pa tu yg sampai 4 tu...satu delete dh...satu dh hide,satu lagi bloglist...tp yg guna satu ni ja....kuikuikuii

Cik Azz said...

Kak Erna>

Elok la tu kak.. Banyak kucingpun kadang2 buek sakit hati gak... huhuhu...

Cik Azz said...

Angah>

Alaa, Angah duduk jauh, boleh la cakap camtu.. Cuba duduk sebelah rumah akak ni, mesti tak nak kucing tu, kan... hahaha...

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Sama la.. Akakpun sayang gak kat buku2 akak.. Tapi tak mampu nak balut semua padahal bukannya banyak manapun buku yang ada.. Malas je lebih.. haha..

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Tu la pasal Lana.. Boleh pulak lupa nak masukkan blog dalam list.. Macam tau2 je terkena kat batang idong sendiri, kan... kehkehkeh...

Cik Azz said...

Karukord Jagau's>

Akakpun banyak gak blog yang ada.. Wordpress pun ada gak, sampai lupa dah yang akak ada wordpress tu...

Selagi boleh hide, hide je la... kuikuikui jugak.. lalalala....

The Everyting In My Life said...

okfine...! haha...zaza ada 5 ekor kuching. bakal membeli yg baru nanti masa raya. hahaha... :') fb zaza bila kak azz nak add? :baby....za xda link fb akak ponnnn

Cik Azz said...

Za>

Beli kucing..? Amek je la kucing akak, tak payah nak beli2 dah.. Jimat bajet.. hehe..

FB page akak kan ada.. Sila la tekan Like... kehkehkeh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)