Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, March 18, 2012

Hari kucing sedunia ke ni..?

Assalamualaikum...

Hari kucing sedunia ke ni..?

Seminggu lepas, kucing aku si Tett telah beranak dengan jayanya.. Sebelum tu, dia dah masuk dah kat dalam bakul yang aku letak kat bawah katil.. Masalahnya, dia nak kena berteman.. Mana larat aku nak tunggu dia beranak.. Akhirnya, aku tengok ada sekor kucing yang volunteer nak jadi 'teman penenang' dia.. Dan tak lama lepas tu, aku tengok dah keluar tiga ekor anak dia.. Punyalah sayang kat anak dia tu sampaikan aku nak pegangpun dia tutup dengan tangan dia.. Eksen... huhhh...

Empat hari lepas pulak, si Popok pulak yang beranak. Adehh, memang bizi betul bidan kucing ni.. Memandangkan bakul dah kena konker dengan si Tett, maka terpaksalah cari tempat baru untuk si Popok pulak. Dan aku sediakan tempat dia kat rak baju yang dah tak pakai tu.. Maka diapun beranak la kat situ.. Keluar tiga ekor jugak anak dia... Sama je kedekutmya.. Nak usik anak diapun dia tak bagi.. Dok cover je anak dia tu dengan badan dia.. Maklum la, dia dah lama takde anak kecik... hihihi...

Semalam, sekor lagi kucing aku beranak.. Si Putih ni memang aku tak tau langsung yang dia tengah bunting.. Lagi pulak, dia ni memang aku tak manjakan sangat.. Jadinya aku tak tau sangat perkembangan dia.. Yang kesiannya, dia ni boleh pergi beranak kat dalam pasu bunga, tempat si ayam botak tu bertelur..!!! Terkejut tahap cimpenzi bila aku tengok dia dengan anak-anak dia kat dalam pasu tu.. Habis sememeh badan anak-anak dia... huhuhu....

Mulanya aku tengok ada kesan tanah yang berterabur atas lantai beranda tu. Aku ni apa lagi, mengatur langkah perlahan konon-kononnya nak tangkap ayam kat dalam pasu tu, sebab mati-mati aku ingatkan ayam botak tu tengah buat projek. Dah siap gaya tangan nak mencekau dah ni.. Tup-tup bila nak terkam je, terus nampak kucing tu kat situ.. Ya Allah, memang terkejut betul aku.. Lepas tu, timbul pulak rasa kesian kat dia.. Terus aku ambil bakul, lapik siap-siap dengan kertas surat khabar dan kain buruk, angkat si ibu tu dulu masukkan kat dalam bakul tu.. Lepas tu baru angkat anak-anak dia, pun tiga ekor jugak... adehh...

Masalah timbul bila aku letakkan bakul si Putih ni dengan bakul si Tett bersebelahan kat bawah katil tu. Tett dah mula panjang leher bila dengar bunyi anak si Putih.. Si Putih pun macam tu jugak.. Tak berapa lama lepas tu aku tengok si Tett dah mula mencari-cari tempat.. Aku ingatkan dia nak sorokkan anak dia.. Akupun tengok la kat dalam bakul dia.. Ehh, anak dia tiga-tiga dah takde..!! Mana pulak dorang pergi ni...?

Lepas tu, aku jenguk pulak bakul si Putih. Hmmm... Memang dah agak dah.. Mesti dia punya kerja... Si Putih ni memang suka melarikan anak orang lain.. Aku tengok elok je anak si Tett tiga beradik tu tidur dalam bakul si Putih tu.. Akupun apa lagi.. Ambil balik anak si Tett tu dah pindahkan bakul dia kat dalam bilik lain pulak.. Selamat.... hahaha...

Bila dah ada anak kucing yang banyak macam ni, susah sikit la nak bergerak.. Nak kena pantau selalu, takut kena makan dek kucing-kucing jantan kepunyaan jiran yang berkeliaran kat rumah ni.. 

p/s: Kali ni takde gambar.. Malas pulak nak ambil gambar dorang... Bukannya kucing retis nak selalu masuk blog... kehkehkeh...

8 Tukang Tembak:

Za said...

kak azz suka binatang eh! i like...hehehe....tp yg paling za suka ialah kak azz suka kucing gak, tp pelik la kenapa la kucing kak azz smpt larikan anak kucing lain. hahaha...


nnti za ajar bahasa srwk ye...boleh je...thanks kak azz.... :') i have too listen on good advice :)

ibundo said...

umak ai. Banyaklah jadi e anak kucing kau azz. Akak yang sekor ni pun dah tak tahan dah ni..

Tyntha Lana said...

Sah ni kak azz, hari kucing sedunia kat umah akak! hahaha.

Alhamdulillah, beranak pinak kucen2 tu ya. rezeki juga tu kak, leh bermanja2 ngan kucing :)

#blog ngeri- sya termasuk dlm satu blog ni, masyaALLAH gmbr mayat2 ngeri..terkejut sya. kalau pameran pihak polis bleh trima lgi.

~ Cik Azz ~ said...

Za>

Suka minatang yang comel dan dengar kata je.. Yang ganas dgn degil akak tak suka.. hehehe..

Tak tau la kenapa kucing tu sukalarikan anak yg lain.. Maybe dia ingat tu anak dia kot.. Konon2nya ibu penyayang la.. hehe..

Okay, thanks ya.. And be a good girl by listening an advice from others.. :)

~ Cik Azz ~ said...

Kak Pah>

Camtu la ghoman eh kak.. Nak buek cmno.. Takdo sapo yg sanggup buang kucing2 ni..

Tak sampai ati nak buang walaupun kadang2 tu bersungut jugak dgn pe'el dorang... huhuhu..

~ Cik Azz ~ said...

Tyntha Lana>

Memang konpem pun hari kucing sedunia.. huhuhu...

Tu mesti pergi klik link kat shoutbox tu, kan.. Akak dah malas nak guna shoutbox sebab2 macam tu la.. Dorang ni tinggalkan link yang bukan2.. Belum lagi dgn mesej yang merapu2 tu lagi... adehhh...

Acik Erna said...

adui ai..kalau akak tak boghani nak pogang anak kucing yang kocik2 tu..
azz boleh jadi bidan lai..he he

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Alah biso togal biaso kak.. hehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »