Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, March 18, 2012

Bawak-bawak la bersyukur... ;)

Assalamualaikum...

Bawak-bawak la bersyukur... ;)

Kadang-kadang naik geram jugak bila dengar orang yang asyik bersungut je kerja dia... Lebih-lebih lagi orang tu ada kaitan dengan kita.. Kadang-kadang aku bagi jawapan terus je.. Sound direct.. Takde dah aku nak cover ayat aku.. Biar dia sedar sikit.. Lantak la dia nak kata apapun.. Mengata ini lagi mudah dari memikul tanggungjawab.. Mengata ini lagi mudah dari menyumbang baik dari segi tenaga mahupun wang ringgit..

Antara jenis ayat yang selalu disebut, yang selalu buat aku panas telinga dan terus sound direct ialah..

1- Pasang la ekon/aircond kat rumah ni.. Baru la sejuk sikit.. Ni nak tidurpun panas...
Jawapan: Dengan kipas ni pun dah susah nak bangun sembahyang subuh, ni kan pulak kalau ada ekon.. 

2- Panasnya...(sambil tarik muka dan kipas-kipas badan dengan tangan atau kertas suratkhabar..)
Jawapan: Lain kali kalau balik sini, bawak la kipas sendiri.. 

3- Beli la bla bla bla bla... (suruh beli macam-macam..)
Jawapan: Ko yang nak sangat benda tu, ko beli la sendiri.. Tak malu ke nak suruh orang yang belikan untuk ko.. 

4- Takde duit la nak beli...
Jawapan: Kalau dah boros, sampai bila-bilapun takde duit... Dah tau takde duit, buat la kerja sambilan.. Ni dok main game je, memang la duit tak lekat...

5- Beli la set kayu jati untuk ruang tamu ni.. Baru la gempak sikit.. Baru la nampak macam rumah mak-mak datin.. 
Jawapan: Tolong la belikan, boleh...?

6- Lauk ni je...? Takde lauk lain ke..? Jemu la..
Jawapan: Kalau jemu, tak payah makan.. Biar orang lain je yang makan.. Banyak lak songeh ko..

7- Takde baju la nak pakai.. Asyik pakai baju ni je.. Segan la pulak...
Jawapan: Takde siapapun nak pandang baju ko tu.. Jangan nak perasan artis laa haiihh...

Bunyi macam kasar je, kan..? Bukan macam, tapi memang kasarpun.. Namun, untuk jenis orang yang macam ni, jenis yang  manjang tak puas hati je, jenis yang nak senangkan diri dia je, jenis yang tak reti nak bersyukur, ada kalanya memang perlu berkasar.. 

Dari rumah kayu yang cuma ada satu kipas meja je, dan sekarang dah bertukar menjadi rumah batu dengan kipas siling pada setiap bilik dan ruang termasuk dapur dan beranda, itupun tak reti-reti nak bersyukur lagi ke..? 

p/s: Dah la tak menyumbang apa-apa, lagi mau banyak mulut..  

13 Tukang Tembak:

Karukord Jagau's said...

syukur lah dgn apa yang ada :)

Tyntha Lana said...

Kak, ni jawapan tak cukup kasar lagi. Nak lagi kasar, tuh, yg mcm entry Lana, Lion Roar tu,hahahaahah. Terbaik!

Tapi kak, org mcm ni, salu kite sindir pedas pun tak effect dah..yelah, bila dia bersungut merungut, itu saja menandakan dia tak ingat penciptaNya. Org tak ingat pencipta, mana mungkin boleh terima sindiran manusia biasa.

#hehe, kak azz, kak azz tak join bloglist ritu..kali ni lana bt skit lagi dr sblm ni. Banyak2 list pun,kita tak mampu terjah semua skali.

Acik Erna said...

memang nak kono la tu..bersykur la dongan apo yang aDO KAN AZZ..

Tyntha Lana said...

Kak, ape yg ehem eheh kat shoutbox tu, hahaha

Tyntha Lana said...

Ho,ingatkan kak azz budget comel kt shout tdi,hahaaha. tpi mmg comel kan orgnya,ececece,cam bodek je ni,hik3 :)

Apa yg template barunye kak azz?maksud akak,yg Ibnu Saili tu ek?? Urm,lana cuma ikut tuto je kak. lau akak nk cube buat, ini link nya:
http://psd.tutsplus.com/tutorials/tutorials-effects/advanced-glow-effects/

NoonaQQ said...

waaa~betul sgt tu kak azz.

masa zaman mak ayah kita,dorg mana ada bnde2 canggih sgt ni,kalau panas,duk kt luar je amik angin semulajdi. lepas tu bila dh duk kt luar,mula la dorg sembang2 dgn kawan2 yg lalu kt depan umah dorg..hehe

asyik merungut ni,smpai bila2 pun xkan berubah kot. nak kan org je yg bgi untuk dia.. but dia sendrik xde pun progress on something kan?

hidup zaman dahulu best.^^

APAN said...

mcm setepek ke salah seorang dlm rumah tu je.harapnya dia baca la.mana tau boleh bersyukur pasni :)

~ Cik Azz ~ said...

Karukord Jagau's>

Alhamdulillah.. Itu yang sebaiknya, kan.. :)

Amin ya rabbal a'lamin...

~ Cik Azz ~ said...

Tyntha Lana>

Tu la.. Ingat nak kasi lagi pedas.. Tapi takut lak kalau2 ada yang pengsan nanti.. hehe...

Pedas sikit2 dah la... sebagai mukaddimah.. huhu...

Itulah pentingnya saling ingat-mengingatkan.. Tak gitu.. ehehh...

Pasal bloglist tu, betul gak.. Letak banyak2 list kadang2 tak sempat gak nak terjah semua.. huhu..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Kadang2 tu goram gak kak.. huhu..

Memang patut sangat bersyukur..

~ Cik Azz ~ said...

Tyntha Lana>

Ahaha.. akak dah cuba la nak tukar template tapi macam susah je guna template tu.. Habis lari semua akak punya widget.. Sudahnya, buat yg lama balik.. hehe..

Btw, thanks ya bagi link tu.. Memang cantik2 la template kat situ... Next time kalau rajin, akak godek lagi.. haha..

~ Cik Azz ~ said...

NoonaQQ>

Betul tu..

Sepatutnya kita lagi banyak bersyukur dengan segala kemudahan yang ada.. Ni tak, lagi banyak nikmat yang kita dapat, lagi mengeluh dan merungut je kerjanya..

Zaman dulu memang best... Aman dan nyaman je.. :)

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Rasanya benda macam ni boleh berlaku kat sesiapa je.. Bezanya cuma mereka tak berani nak meluahkan kat blog sebab takut dicerca dan sebagainya..

Ini sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.. Kalau ada yang terbaca dan terjumpa blog ni, kira nasib la.. haha..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »