Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, March 4, 2012

Kecek... :)

Assalamualaikum...

Kecek... :)

Siapa yang suka kecek..? Ada tak yang suka kecek kat sini..? Sesekali kecek tu takpe la kot.. Tapi jangan dibuat selalu, nanti naik menyampah lak orang yang dikecek tu kat kita.. hahaha...

Ehhh..., ni bukan nak cerita pasal kecek loghat Kelantan tu tau.. Kang ada pulak yang salah faham.... huhuhu.. Kalau kecek Kelantan tu, maksud dia, cakap, kan...? Mu kecek gapo ni..? Haaa..., yang tu maksud dia awak cakap apa ni...? Lebih kurang macam tu la kott... Kalau salah, tolong maafi dongg... ehehhh.. 

Kecek yang aku maksudkan kat sini ialah meminta ataupun mengecek sesuatu kat orang... Kadang-kadang memang ada jenis orang yang muka tak malu, asyik nak minta kat orang je. Kau perlilah dia macam mana sekalipun, dia buat selamba je. Memang susah nak buang perangai suka mengecek tu..

Aku ni jenis yang agak segan nak kecek ni.. Tengok keadaan jugak la.. Selalunya aku kecek pokok bunga je dengan jiran-jiran.. Itupun kalau dorang yang mulakan dulu mengecek pokok bunga aku.. Maknanya, ada ubi ada batas la, baru adil... hahahaha...

Nanti beranak banyak-banyak ya SAYANG... 
Sebab kau CANTIK... :)

Macam pokok bunga dalam gambar ni, aku kecek sepokok anak dia kat jiran depan rumah.. Lagipun pokok ni dia tanam kat atas tanah je.. Kalau tanam atas tanah, pokoknya jadi banyak la sebab mudah beranak. Tu yang dia bagi tu.. Kadang-kadang kalau aku tak mintapun, dia akan tanya aku, kau nak ke bunga ni..? Ataupun dia tanya, kau dah ada dah ke pokok ni..? Opkos la laju je aku jawab, naaaakkkkk...!! Pokok ni takde lagi.. Yang ada tu bunga dia kaler pink.. Yang ni kaler bunga dia cantik, merah menyala.. Punya la panjang lebar bagi jawapan.. Siap dengan ayat mengampu lagi tu... muahahahaha...

Lepas tu, jiran tadi akan cakap la nanti dia ubah dan masukkan anak pokok tu kat dalam pasu plastik. Selang seminggu lepas tu, dia akan bagi kat aku dan siap pesan jangan pindahkan lagi sebab pokok tu masih baru.. Baik tak jiran aku..? Jiran korang ada tak yang macam ni..? Entah-entah pokok bunga korang ada yang kena racun.. Ehehh...

Maka, aku biarkan dulu anak pokok tu kat dalam pasu plastik tu.. Agak lama jugak la aku biarkan sebab nak bagi akar dia kuat.. Hari tu dah macam nak mati je.. Risau jugak aku sebab nanti kalau mati, terpaksa minta lagi kat jiran tu.. Malu la weiii asyik nak kecek je, kann.... hehe.. 

Bila dah agak stabil, lebih kurang dalam tiga bulan, barulah aku ubah pokok tadi ke dalam pasu yang agak besar sikit.. Dalam masa sebulan lebih lepas tu, pokok ni mula berbunga.. Ni kiranya bunga dia yang sulung la ni.. Cantik tak kaler dia..? Seronoknya aku tengok kaler dia tu.. Mengancam betul... ehehh...




Ada juga orang yang kecek resepi kat aku.. Aku tengok orang jugak la.. Kalau orang tu jenis kedekut nak bagi resepi yang dia ada, akupun ikut kedekut jugak la... kuang... kuang... kuang.... Bukan semua resepi aku kedekut, tengok jenis jugak la.. Kalau tak, takde la aku buat blog dapo aku tu, kan.. Tapi blog dapo aku tu pun dah lama dah tak berasap.. kehkehkeh...

p/s: Kalau ko boleh buat kedekut macam tu kat orang, orangpun boleh buat kedekut macam tu kat ko... Jadi, jangan nak suka-suki melabel orang sebagai bakhil.. FAHAM...!!!

4 Tukang Tembak:

APAN said...

org pahang je guna perkataan ni kot.kelantan mmg guna tpi maksud terang2 dah lain...amalan kecek mengecek ni masa kecik2 dulu mmg selalu buat.skang ni bila dah besar, perkataan ni dah jarang digunakan...

With Julia said...

cantik yer lah pokok bunga merah menyala tuh kak azz...apa nama sebenar dia ye...untungnya duduk di desa byk betul pokok2 bunga yg sangat cantik dan eksotik...wauuuuu byk lah koleksi bunga2 kak azz kan...cantik umah nanti :)

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Tak tau la pulak kalau orang Pahang gunakan perkataan ni.. Akak orang negeri 9 pun kadang2 guna jugak perkataan ni..

Jarang guna takpe.. Jangan pulak jarang guna tapi selalu amalkan dah laa.. :)

~ Cik Azz ~ said...

With Julia>

Kaler dia yang buatkan dia cantik dan menyerlah... hehe..

Akak tak tau la apa nama bunga ni.. Panggil bunga bakong je sebab dia ada ubi... Manadai2 je bagi nama, kan... hahaha....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »