Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 19, 2012

Macam ni ke namanya kawan...?

Assalamualaikum...

Macam ni ke namanya kawan...?

Bila kita tanya, dia diam...
Bila kita diam, dia lagi la diam...

Bila kita buat tak tau, dia kata kita tak ingat kat dia...
Bila kita buat tak kisah, dia kata kita menyombong...

Bila kita komen status dia, dia buat tak nampak je...
Bila kita ambil berat, dikatanya kita nak mengorat...

Bila kita rapat dengan dia, dikatanya kita nak menghimpit...
Bila kita bagi nasihat, dikatanya kita ni ustaz...

Bila kita call, dia tak jawab, katanya busy...
Bila kita sms, dia tak reply, katanya takde kredit...


 


Agak-agaknya lepas terima semua yang ada kat atas ni, kita nak kawan lagi ke tak dengan dia ehh...? Kadang-kadang stress jugak dengan kawan yang buat perangai macam ni, kan... 


p/s: Baik cari kawan baru... huhuhu...

14 Tukang Tembak:

The Everyting In My Life said...

Terima kasih kerana amat memerlukan aku & kemudian membuat bodoh begitu sahaja.Terima kasih krn pilih bila perlukan aku & buang bila tidak.


(sesuai x ngan ayat ni tuk org yg akan cari kita bila perlu je? )


hahaha....za sakit ati kalau kena cmtu tau kak az...sekeh kepala dorang

Acik Erna said...

azz..bilo dio boto2 perlukan kita dia akan cari..tu la kawan..he he boleh ko tidak dipanggil kawan tu

Tinta Lana said...

Kak azz,kawan macam ni, dia tak tahu erti menghargai ^__^

Mungkin lps kita pergi,hindarkan diri, baru dia sedar sapa yg selama ni ada disebelahnya :)

Yunus Badawi said...

berkawan dgn saya ajelah .... hehehe

Abang Karu said...

hehehe saya pun sependapat lah ngan pendapat en. yunus tu....hehhee

Julia Johari said...

Yg ptg kita sudah wat yg terbaik kan kak azz...kalo org wt bodo kita pun kena wat bodo..so xd kes mkn hati...plg senang just say "What Ever" ehehhehe :P

Cik Azz said...

Za>

Kan.. Memang rasa nak sekeh je kapala dorang tu..

Sekeh kelapa lutut dorang je kott.. Sebab tak baik sekeh kepala betul2.. huhuhu....

Cik Azz said...

Kak Erna>

Tu namo ehh kawan todosak.. hehe...

Kawan gak tu, kan... ahaha..

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Tapi ramai je yang macam tu kan..

Entah2 kita pun termasuk dalam kategori yg sama.. Mana la tau, kan... huhu..

Cik Azz said...

Yunus Badawi>

Segan la pulak nak kawan dengan orang besar ni.. YB lak tu.. ehehh...

Cik Azz said...

Karukord Jagau's>

Hamboiii... Boleh je kawan kat sini..

hahaha...

Cik Azz said...

With Julia>

Tu la.. Kadang2 susah jugak nak buat bodo tu.. huhuhu..

WHAT EVER tu dah macam gaya Kareena Kapoor lak, kan... hehe...

APAN said...

point yg atas sekali tu, sy penah and selalu buat... :)

Cik Azz said...

APAN>

Naper ehh buat camtu...?

Adakah sbb soalan tu tak penting dan tak perlu dijawab..

Ataupun memang malas nak layan...

Kalau orang dah biasa buat camtu kat kita, tentu kita tak rasa apa-apa kalau orang lain pulak buat macam tu kat kita, kan...

Macam orang takde perasaan je.. ;)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)