Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 12, 2012

Sebelum dan selepas tacap... haha...

Assalamualaikum....

Sebelum dan selepas tacap... haha...

Fungsi tacap adalah untuk menutupi segala kecacatan yang ada di mana-mana sahaja terutama sekali di muka. Samada lelaki ataupun perempuan, memang ramai je yang menacap muka mereka, lebih-lebih lagi dari kalangan selebriti.. Nak masuk tv kena tacap.. Nak kena interview dengan wartawanpun kena tacap jugak. Kang kalau muka sememeh, penuh pulak front page suratkhabar tu..ehehh.. 

Kadang-kadang tacap yang berlebihan akan menjadikan muka seseorang tu agak menyeramkan bagi sesiapa yang melihatnya.. Nak cantik, tapi buruk yang dia dapat.. huhuhu...

Okay, aku tak nak la kongsikan gambar muka orang sebelum dan selepas ditacap.. Takut nanti mengaibkan orang tu, kan... Oleh itu, aku dengan berbesar hatinya ingin berkongsi gambar yang telah aku tacap ni walaupun aku langsung takde seni dalam bab-bab tacap ni. Memang sah aku tak pandai menacap.. Abeh sememeh jadinya... hahahaha...

Inilah dia hasil tacapan aku... 
Jeng... Jeng.. Jeng... 
:
:
:
:
:
:
:

SEBELUM...


:
:
:
:
:
:
:
:
:

SELEPAS...




Selepas dipotong...




p/s: Kek semalam dah habis dah...  Tu yang buat kek baru tu... Rajinnya aku ni, kan...kehkehkeh.... 

4 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Allah..sedapnya kek tu kak azz..huhuh.

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Boleh la... Tapi takde la sesedap kek secret resepi tu.. :)

p/s: Akak suka lak buat kek ni.. Dan bakar atas dapur guna acuan bulat tu.. Mudah dan cepat... hehe..

APAN said...

bertuah la umat lelaki dalam umah tu.dpt makan mende2 gini...kena kawen cpt nih :)

Cik Azz said...

APAN>

Hahaha...

Sila2 kawen dengan segera.. Pastikan si dia pandai masak macam2.. hikk...

:-)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)