Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, May 5, 2012

Tak menjadi...

Assalamualaikum...

Tak menjadi...

Hari tu aku cuba buat sotong sumbat.. Dah lama teringin nak buat tapi manjang tak jadi je.. So, hari tu mak aku ada la beli sotong ni.. Diapun dah bising kat aku.. Dia kata aku asyik sebut nak buat sotong sumbat ni tapi bila dia beli sotong tu, aku tak jugak buat-buat.. Mana laa dia tak membebel.. :D




Untuk percubaan yang pertama ni, aku gunakan pulut madu. Dah mak aku kata pulut tu pulut madu, aku ikut je la.. hehe.. Masalahnya, pulut tu aku tak rendam semalaman.. Sebelum maghrib mak aku tiba-tiba je keluarkan sotong tu dari peti sejuk, pastu cakap kat aku, sotong tu dah keluar dah, bila nak buat sotong sumbat tu.. Nak tak nak, terpaksa la buat jugak.. Adehhh....

Sementara tunggu sotong tu betul-betul bebas dari ais, aku rendam la sekejap pulut tadi.. Tak sampai setengah jam merendam, dah mula menyumbat.. Dah tu, aku tak pandai nak agak banyak mana nak masukkan pulut tu dalam perut sotong tu.. Main sumbat je la dalam tiga perempat perut sotong tu dengan pulut..




Masalah lagi bila pencungkil gigi takde dalam simpanan. Macam mana nak tutup sotong tu nanti.. Tak kan nak guna stepler kot.. Mak aku suruh guna lidi kelapa tapi aku kata aku nak guna pencungkil gigi tu.. Terpaksa la malam tu abang aku pergi beli kat kedai.. Nasib baik ada.. Lega sekejap.. :)

Lepas tu bila dah selesai menyumbat, mula la nak menutup sotong tu.. Cucuk punya cucuk, tak jalan la pulak.. Pencungkil gigi tu asyik patah je.. Punya la nipis pencungkil gigi tu.. Dah la tumpul.. adoii.. Nak tak nak, terpaksa aku pergi ambil lidi kat daun kelapa kering yang mak aku sandarkan kat pokok rambutan.. Dah la tak berapa nak nampak daun kelapa tu.. Cahaya lampu tak sampai lak kat situ.. 

Aku beranikan diri pergi jugak. Panjang tangan aku mencekau daun kelapa kering tu. Cepat-cepat aku gunting.. Sekali pegang, dapat gunting lima helai daun tu.. Dalam pada dok tarik-menarik daun kelapa tu, tiba-tiba je aku teringat cerita anaconda... Terus aku pandang ke atas pokok rambutan tu.. Seram sejuk jadinya.. Apa lagi, cepat-cepat ca alip bott laaaa.... Apa tunggu lagi, kan... Jalan laju-laju sampai bersilang-silang kaki... hahahaha...


Lama sangat merebus sampai kepala sotong tu tercabut.. 
Tinggal lidi je yang menutup badan sotong tu... ehehh...


Akhirnya, masak jugak la sotong sumbat versi aku ni haa... Masak agak lama sebab nak bagi pulut tu lembut. Abang aku kata kat mak aku, lepas ni tak payah buat lagi laa.. Mak aku pulak kata, tak sodap... Ontah apo ghaso ehh.... huhuhu... Anak buah aku lak kata, okay la tapi pulut dia padat sangat.. Waaahhh..., banyaknya dapat kritikan dari para juri.. hehehe.. Takpe la, sekurang-kurangnya impian aku nak buat sotong sumbat ni dah tercapai.. Sedap atau tidak tu belakang kira.. Yang penting ada usaha untuk mencuba.. Dan habis la jugak sotong sumbat tu.. Sayang kalau tak dihabiskan.. Dah la sotong tu mahal giler.. 

p/s: Lepas ni memang tak buat dah sotong sumbat ni.. Nampak gayanya, menu ni tak masuk dengan selera dan tekak kitorang... Mungkin sebab takde rasa pedas langsung kottt... Kalau ada pedas-pedas sikit, mungkin boleh terima.. Tapi kalau pedas, dah macam jadi gulai la pulak... hehehe...

18 Tukang Tembak:

Za Noh said...

sotong sumbat? cmne nak buat ni kak azz? air tu pakai apa? santan ek? x penah buat. ajar please...nak try buat kat srwk nanti..masa za balik. sedap tak? x berapa nmpk gmbr kak azz...sebab kecik. hehe...

lama tak dtg sini...mf kak azz

Acik Erna said...

azz..tak menjadi pun boleh makan..sobab dah masak kan..
janji azz dah cubo..akak lagi la borangan yo nak buek..tapi sampai sekarang..tak cubo2 laie.

ummiarissa said...

okaylah tu..kalau tak cuba tak tahu...sekurang-kurangnya niat nak mencuba tu ada,jadi tak jadi belakang kira...dalam kata tak sedap tu,habis juga ye..

Tinta Lana said...

Salam kak..aumm, boleh share resipi kak,hehehe

Lana tak pernah makan lagi ni..salu dok dgr member pantai timur je duk berciter pasai sotong sumbat ni.

Karukord Jagau's said...

Ok la tu.....satu permulaan....nnt cuba buat lagi ye... :)

Angah said...

salam kak azz. wah.. ni kira yang pertama dan terakhir lah ye..

kyo_9 said...

hmm..
game Arsenal malam ni pon x menjadi..
sigh~

APAN said...

rasa lom penah mkn lagi resepi ni kot. tmbh lak sy bukan peminat sotong. hehe...

ibundo said...

azz, kok pulut tu tak kombang memang lamo masak e. Len kali kalau telupo nak merondam pulut tu, robus de sekojap. Lopeh tu toskan air e. Ekau robus dalam kuah percik. sodap makan mo sotong sumbek tu.
Akak tulih mo tablet ni. Sobab tu tulih solalu salah yokan er.. Tokan.

~ Cik Azz ~ said...

Za Noh>

Ha'ah, pakai santan.. Masak sotong tu dengan santan..

Resepi dia mudah je.. Bawang merah + bawang putih + halia + garam + santan + beras pulut..

Takpe la Za.. Akak tau Za sibuk dengan study, kan... :)

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Makan tu memang la boleh kak.. Cumo raso dio tu macam muak sikit la.. Mungkin sebab tak podeh kott...

Akak kalau nak buek, kono bagi podeh sikit kak.. Lotak la lado hitam sikit..

~ Cik Azz ~ said...

UmmiArissa>

Kan.. Tak cuba tak tahu.. hehe..

Habis la sebab sotong tu mahalll.. Rugi la kalau buang macam tu je.. Lagipun tak baik membazir, kann...

~ Cik Azz ~ said...

Tinta Lana>

Resepi macam kat dalam gambar tu la.. Senang je nak buat..

Makanan ni memang makanan orang pantai timur.. Sebab tu tak sesuai dengan tekak orang N9 macam kitorang ni.. huhuhu...

~ Cik Azz ~ said...

Karukord Jagau's>

Rasanya tak buat dah lepas ni.. huhu...

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Waalaikumussalam...

Macam tu la gamaknya.. Nanti kalau buat takde sape yang nak makan lak..

~ Cik Azz ~ said...

Kyo_9>

Adoiiii....

Sayang sungguh la.. Banyak peluang yang Arsenal dapat tapi kalau dah takde luck tu, nak buat macam mana, ya tak..

Sakit tekak akak dok menjerit je... Tapi game malam tadi memang terbaik la... Best tengok..

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Ehh, ko yang duduk area Kuantan tu tak kan tak pernah tengok sotong sumbat ni kott...

Sotong ni sedap kalau buat sambal je.. Cuba la makan..

Jangan risau la.. Makan sotong tak akan menjadikan ko sotong.. kihkihkih...

~ Cik Azz ~ said...

Kak Pah>

Oo.. Kono robus dulu yoo kak...? Tak topiki lak nak buek cmtu... Tengok la, kok ghajin nak buek lagi, nanti cubo cagho akak tu.. Mokasih kak yoo...

Patut la akak asek salah taip yoo.. Tablet ehh kocik bona agak ehh.. Bosa jari lagi dari kiped.. hehehe...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »