Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, June 27, 2012

Aduh mak, sakitnyaaaa...!!!

Assalamualaikum..

Aduh mak, sakitnyaaaa...!!!

Pagi semalam ke bandar..
Balik dari bandar, tiba-tiba je pinggang rasa lain macam..
Tiba-tiba je semakin menjadi pulak sakitnya..
Selesai punggah barang, cepat-cepat solat Zohor..
Lepas tu terus baring.. 
Masa ni terasa ketara sangat sakit pinggang tu..
Sapu minyak panas sekejap..

Malamnya, gigi pulak buat hal..
Tak tau la samada sakit gigi ataupun gusi...
Gusi memang ada pecah-pecah sikit..
Mungkin sebab cuaca panas..
Lepas tu, gigi geraham bawah tu rasa macam berdenyut-denyut je...
Cuba goyang-goyangkan sikit..
Ehh, memang ada goyang laaa...
Sementelah sebelah tu takde gigi sokongan, memang la mudah untuk dia bergoyang...




Aku tepek garam halus kat gusi tu..
Aku tekan kuat-kuat..
Sakitnya la haiihhh.... huhuhu...
Meleleh siyot airmata menahan pedih..
Makin nyut.. nyut... nyutttt...



Sekarang badan rasa macam nak demam...
Sejuk dia lain macam je..
Ni kalau badan kena air ni, konpem menggigil ketap gigi ni..
Nampak gayanya kena telan sebiji uphamol untuk mengelakkan demam tu berpanjangan...


p/s: Mudah-mudahan esok semuanya okay seperti sediakala.. Amin...

6 Tukang Tembak:

muhsin.aminudin said...

agak2 sakit sgt je, tumbuk gigi tu bagi patah

Angah said...

kak azz, angah baru je melepasi musim sakit gusi dan ulser kat kerongkong...aduii memang sakit teramat

kak azz, banyakkan minum air suam...

Acik Erna said...

azz..jangan domam kin banak nak jahit tu..he he.
sakit ng paling skit rso..klu gigi tu kan..kalau do orang menumbuk sambal..mau baling ngan kerusi

~ Cik Azz ~ said...

muhsin>

Ko je la yang buat cmtu.. haha..

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Musim agaknya kan Ngah.. Mujur ko dah sembuh...

Tu la, akak ni sampai demam2 dah ni haa..

Thanx ya... :)

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Dah 2 hari tak sontuh mesin jahit kak.. Mano dgn sakit pinggang lagi.. pehtu gigi pulak buek hal.. Memang lari la jadual waktu monjait sey ni... Pueh la nak koja balik.. huhu...

Boto la kak.. Kucing bising pun sey marah... haha..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »