Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, June 19, 2012

Entah bila nak mula, tak tau laa.... hmmm...

Assalamualaikum...

Entah bila nak mula, tak tau laa.... hmmm...

Dah lama beli tapi masih seperti itu..
Tak buka.. Tak tengok..
Baca instruction kat belakang peket itupun tak buat jugak...
Macam malas je rasa..
Berat pungkoq sungguh...!!!

Ater, kalau malas, bila masa nak menanamnya..?
Bila tahun pulak nak menuai hasilnya..?
Deghoyan dah mula gugur dah, tapi benih tu tak jugak disemai..
Lama-lama esok benih tu mati pucuk kat dalam peket tu...




Cuaca panas sangat la sekarang ni..
Takut bantut je nanti semua ni...
Buat rugi je, kan...
Dah la benih-benih ni mahal...
Ehehh...

Tak payah la nak buat alasan..
Kalau dah namanya malas tu, memang susah la nak diajak berunding..

Ye laaaaaaaaaaaa......!!!
Memang aku tengah malas sekarang ni..
Nak keluar rumahpun malas... 
Mengelupas kulit aku kena panas...
Makin banyak keduts yang menggarisi wajah..
Inikan pulak nak terbongkok-bongkok buat lubang untuk tanam biji benih tu...

Tunggu la time rajin aku datang.. 
Dengan kome-kome sekali aku tanam...
Kan aku dah mula merapu dah...
Kehkehkeh..


p/s: Siapa rajin, tolong la semaikan biji benih jagung tu... ehehh... 

18 Tukang Tembak:

ummiarissa said...

kalau biji benih duk lagi dalam tu..tak bersemailah...bila ek boleh nak rasa hasilnya..tak sabarnya menunggu buah yang tak gugur ni..

Acik Erna said...

azz..akak kalau maso menuai rajin nolong he he

With Julia said...

sonok bercucuk tanam neh...dulu kami ada kebun suka tanam ubi sengkuang ngan sawi...sbb cepat dpt hasil weeeee

Kesuma Angsana said...

jgn tunggu lg semailah mana tau leh juga save duit dapur nnti

kakchik@ella said...

rajin ye cik Azz bercucuk tanam. KC kurang rajin. sib baik dpt asben yg ala-ala petani. hijau la jugak sikit2 rumahku. hehehe.

gadisBunga said...

silalah bercucuk tanam sekarang! :D

Tinta Lana said...

Salam kak! :)

Lana tak pernah bercucuk tanam..bercucuk cucuk adala..cucuk sana, cucuk sini..eheh..dah mula merapu gak ni,ehehe.

Pa lgi kak, lekas lah tanam..ti tngkp la gambor perkembangannya, buat entry.heh3.

~ Cik Azz ~ said...

Ummi Arissa>

Tu la pasal.. Nak kena tunggu hujan turun jugak sehari dua ni.. Tanah tu dah naik keras kematu dah.. Kalau boleh tak nak la benih tu mati macam tu je...

Kat CH banyak jagong macam ni.. Mohh la kita pegi petik... hehehe...

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Kok sey lak, rajin maso makan yo.. hahaha...

~ Cik Azz ~ said...

With Julia>

Masalahnya sengkuang tu nak buat apa je.. Tak kan la nak buat rojak hari2... hehe...

~ Cik Azz ~ said...

Kesuma Angsana>

Tu la tu.. Tunggu la... Tempat untuk tanam tu tak siap lagi.. Masih dalam proses...

~ Cik Azz ~ said...

KakChik>

Saya dulu rajin tanam bunga.. Sekarang ni nak siram bungapun dah malas.. Tak boleh jadi ni, kena bergerak jugak.. haha...

Rumah memang nak kena ada benda hijau.. Salah satu petua untuk merawat mata rabun ialah bangun pagi, tengok pokok yang menghijau..

~ Cik Azz ~ said...

gadisBunga>

Cucuk ke langit ada la... ke bintanggg... haha...

~ Cik Azz ~ said...

Tinta Lana>

Waalaikumussalam..

Ko cucuk apa ni..? Botox ehh.., haha...

Nanti la akak tanam.. Lepas tu masuk dalam blog.. Glemer jagung akak tu nanti.. hehe..

siti khadijah said...

dulu2 tanam gak jagung ni...heheee...

miss ct said...

Assalamualaikum kak azz...
wah tanam jagung tu.. bestnya jagung..blh makan dgn mentega dan susu..makan time panas2.. mesti sedap kan...

p/s; klu tanam jagung, tanam kat mana2 blh je ke? ke ada tanah yg sesuai utk jagung ni?

~ Cik Azz ~ said...

Siti Khadijah>

Sekarang ni dah tak tanam dah ke...?

errr, awak tanam jagung lain ehh... hahaha...

~ Cik Azz ~ said...

Miss CT>

Waalaikumussalam...

Akak kalau jagung ni, main rebus je pastu ngap.. Tak rajin lak nak sapu mentega tu semua.. haha..

Kalau kena dgn tanahnya, cantik la jagung tu nanti.. Kalau tak, mungkin jagung tu takde gigi.. hehehe...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »