Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 22, 2012

Gullppp....!!! Nak redah ke tak ni..??

Assalamualaikum...

Gullppp....!!! Nak redah ke tak ni..??

Kita kat Malaysia ni boleh dikatakan dah selesa dah dengan pelbagai jenis sistem jalanraya yang serba baru dan canggih. Cuma kadang-kadang kita ni seringkali lupa akan keselesaan itu bila timbulnya satu-satu musibah atau perkara yang kita rasa membebankan rutin harian kita seperti kesesakan jalanraya.. Jalan sesak, lambat sampai rumah, ketinggalan nak tengok drama kat TV3 pukul 7 malam tu.. Siap marah-marah, pastu hapdet status guna blekberi dan sebagainya kat fesbuk... Contoh je ni... ehehh...

Pada aku la, dah molek benar dah jalanraya atau lebuhraya kita ni.. Mana yang banyak bengkang-bengkok, sudahpun diluruskan bagi mengelakkan kecelakaan jatuh ke dalam longkang atau gaung dan juga mengelakkan muntah-muntah bagi mereka yang tak tahan dengan jalan yang berpusing-pusing ni seperti jalan kat Bukit Putus tu.. Tapi ada jugak manusia yang menjadikan jalan lurus itu sebagai satu landasan untuk merempit.. Memang sengaja nak masuk dalam gaung la tu, kann... huhuhu...


Jalanraya dari Islamabad ke Skardu, Pakistan..

Bagi orang yang jarang keluar dari bawah tempurung macam aku ni, mungkin akan fikir semua jalan kat dunia ni lebih kurang macam kat sini je.. Mujurlah ada sistem internet yang boleh membuka luas mata kita bagi melihat keadaan jalanraya kat luar Malaysia.. Tak terfikir langsung akan keujudan jalanraya sebagaimana gambar kat atas tu haa.. Kalau jalan macam tu ada kat Malaysia ni, agak-agaknya berani tak kita nak redah ehh..? Kalau ada laluan lain, rasanya mesti semua orang akan ikut laluan tersebut.. Tapi kalau cuma jalan ini je yang menjadi penghubung, rasanya mau terkencing dulu sebelum melaluinya... hahaha... Dah terburai baru redah.. Boleh gitu..?

Sebelum ni aku ada jugak tengok beberapa gambar jalan kat negara luar yang sangat-sangat menakjubkan dan memerlukan keberanian serta kesabaran untuk melaluinya.. Namun, bagi pengguna jalanraya di negara kita ni, jalan yang sesak sikit je pun dah membuatkan mereka menyumpah-seranah.. Langsung takde sifat sabar.. Macam mana la nak masuk dalam kategori pemandu berhemah... 

p/s: Jalan nak pergi Cameron Highland tu pun dah buat aku seriau.. Inikan pulak jalan macam ni.. Mau meraung aku suruh berhenti dan mulakan berjalan kaki.... hahaha...

12 Tukang Tembak:

dEdEQ dE wIshEs said...

REDAH JE TP JALAN CAM ULAT .. SELAMAT CIKIT .. EKEKE .. HEBAT2 KAN CIPTAAN-NYA ..

Angah said...

teringat pergi ke genting highland naik bas, rasa macam membunuh diri sendiri je, sipi gila tayar bas ngan gaung...

apdm said...

salam..

seramnya..gayatlah..

kalau sy pusing balik kot.tp nampak jalan pun macam sehala je ;(

gadisBunga™ said...

rasanya orang malaysia tak ada kesabaran yang cukup untuk lalu jalan macam tu. :)

Acik Erna said...

azz..akak dok dalam rumah yo la..taknak poi mano2 kok cam tulah jalan e..

Cik Azz said...

dedeq>

Tu la pasal.. Kalau tak redah, alamat tak ke mana la... hehe..

Allah itu Maha Hebat...

Cik Azz said...

Angah>

Haha.. Akakpun pernah pergi situ dgn bas.. Tapi banyak terlelap.. Sedar2 je dah nak sampai.. Jadi takde la nampak sangat jalan tu macam mana.. hehehe...

Cik Azz said...

Syira>

Waalaikumussalam...

Tu la.. Macam mana nak pusing kalau jalan sehala..? Kena redah je la... hehe...

Mekasih ya sudi singgah dan komen.. :)

Cik Azz said...

gadisBunga>

Takde nak rasa2 dah... Memang orang Malaysia jenis yang kurang sabar bila berada di jalanraya.. :D

Cik Azz said...

Kak Erna>

Masalah ehh, kalau kito dah ado kek jalan tu, pehtu kito tak tau lak kek tongah2 jalan tu ado laluan macam ni.. Cmno tu... hehe..

Kok memang dah tau, sey pon rela dok rumah gak.. haha...

kyo_9 said...

setiap kali lalu kena mengucap :angguk

Cik Azz said...

Kyo_9>

Hehehe... Itu yang sebaiknya.. :angguk

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)