Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 18, 2012

Ada lagi..?? Aduuhaaii...!!! Sonyum yoo laa...

Assalamualaikum...

Ada lagi..?? Aduuhaaii...!!! Sonyum yoo laa...

Ingat lagi tak dengan entry aku yang dulu tu..? Alaaa, entry pasal kain kastemer aku yang tersalah potong tu laa.. Bukan aku yang tersalah potong okay.. ehehh.. Kalau tak ingat, boleh rujuk kat sini ya.. Kain dulu tu dah selamat dah aku jahit.. Dah bagi dah pun kat tuannya.. Dah dapat dahpun upah menjahit tu.. Amin.. hehe... 




Kali ni aku dapat pulak kain yang tak cukup inci.. Adoyaii.. Dugaan betul la.. Boleh pulak dorang (kedai) tu pergi sambung kain tu. Cuba perhatikan betul-betul gambar kat bawah ni haa... Mustahil la kastemer tu yang sambung sendiri kain tu, ya tak..? Aku dah siap ukur dah berapa inci yang kurang tu.. Tiga inci tuuuuu...!!! Ni sah-sah kecil la nanti ukuran untuk kain baju kurung kakak aku tu.. Errr..., sebenarnya ni kain kakak aku... huhuhu... Sian akak den kono tipu dek kodai tu.. 


Ko ada..??


Tak berkat la oiii jual kain macam ni.. Kembung la perut ko tu nanti... Pastu bila doktor belah perut ko, tup-tup ada kain bergumpal kat dalam tu.. muahahahahaa...

p/s: Geram betul la dengan orang yang tak jujur ni.. Betul-betul menyusahkan kerja aku... Cisss...

7 Tukang Tembak:

Maiyah said...

salam..

mmg sah org tersedak skrg nih :D

Acik Erna said...

assalam azz..ha..amek ko..ado kain lam poghut..buek laie

muhsin.aminudin said...

3 inci ape effectnye ye? hehe.. tak tau bab menjahit ni.

Siti Safiyyah said...

ish ish tak baik khianat orang kan?

takpe, biar dia dapat balasan dari Allah. janji kita takmo buat camtu kat orang lain. :)

ummiarissa said...

boleh pulak sambung-sambung macam tu...ish..

ibundo said...

maso dio uko kain tu mosti dio nampak tang tompek yang bosambung tu. Sajo yo de nak ngonoan orang. Osah tak baik e. Poilah pulangkan balik azz..

Tinta Lana said...

Urmm..

Saya tak tahu macamana nak imagine sambung kain ni akk..dah tgk gmbr, tpi masih blur..huhu..maaf2..ni lah akibatnya taktahu jahit2 ni..tampal baju sendiri terkoyak je tahu la..huhu.

Tapi, kalau ikutkan gmbr tu..rasanya lana tak pernah kena lgi..apalah nak dikejar sgt untung niaga smpai aniaya org cmtu..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »