Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, July 2, 2012

Jangan berlagak sombong...

Assalamualaikum...

Jangan berlagak sombong...



Jangan berlagak sombong...
Macam katak bawah tempurung...
Walau harta berkarung...
Budi bahasa juga dijunjung...

Jangan menyombong tinggi...
Tidak ada orang yang puji...
Akhir kita yang rugi...
Orang tidak memandang lagi...

Dari itu jaga budi bahasa...
Walau hidup pun hina...
Nama yang baik dikenang juga...

Jangan berlagak sombong...
Macam katak bawah tempurung...
Walau harta berkarung...
Budi bahasa juga dijunjung...



Tak payah nak sombong-sombong sangat la haiihhh.. Tanya sikitpun tak nak jawab... Bukannya tanya hal peribadi punnn.... huhuhu.... Lagipun, siapa la kita ni nak sombong-sombong sangat.. Kita ni hanyalah menumpang di bumi Allah.. Apa yang ada kat kita ni semuanya pinjaman semata.. Dah la meminjam, lepas tu nak berlagak sombong.. Macam pinjam duit PTPTN jugak la.. Dah beriban pinjam, lepas tu memekak tak nak bayar.. Memang tak malu betul, kan...?


p/s: Katak bawah tempurung tu bukannya sombong.. Tapi dia takut jadi mangsa si ular pembelit... Sebab tu la dia lebih suka menyembunyikan diri sebab dia sedar kemampuan dia tidak seberapa jika ingin dibandingkan dengan kemampuan ular tu.. Pendapat aku la.. ehehh...

6 Tukang Tembak:

With Julia said...

Syukur alhamdulilah...berkat kerja 3 tahun ju pun dah selesai bayar duit pinjaman ptptn sekali gus sebelum mengerjakan umrah thn lepas...terasa lapangnya dada setelah terlepas hutang didunia....tp hutang dgn ALlah masyaAllah masih byk x terbilang dgn jari jemari...moga Allah permudahkan segalanya...aminnn

Phat said...

x yah nk sombong..sapo la kito kan nk sombong2

~ Cik Azz ~ said...

With Julia>

Boleh aje nak bayar hutang tu, kan Ju kan... Tapi apsal la ramai sangat yang tak nak bayar.. Bukannya tak tau hukum berhutang.. huhuhu..

Alhamdulillah, dah sampai dah Ju kat Tanah Suci.. Akak ni entah la, tak tau bila nak sampai sana..

Mudah-mudahan Ju... Akakpun banyak sangat hutang dengan Allah ni.. Malu lak rasanya.. huhuhu...

~ Cik Azz ~ said...

Phat>

Kalau kito sodar diri, mmg kito cubo tak nak jadi sombong.. Takut kito tak sodar diri yoo, tu yang menyombong tak abeh tu..

Basri Ahmad said...

Salam Kak, cemana nak tahu tajuk lagu ni? sejak kecil lagi cari tak jumpa. sobs3 nak donlottttt :(

Cik Azz said...

Basri Ahmad..

Salam..
Boleh cuba tengok kat link bawah ni..

https://www.youtube.com/watch?v=3-rp1BLEdHg

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »