Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, July 15, 2012

Kipas untuk sejukkan kipas.. :D

Assalamualaikum...

Kipas untuk sejukkan kipas.. :D

Hamboiihhh....
Betul-betul tala (hala) kat dia je...
Mentang-mentang la jadi kesayangan, kannnn... ehehh...


Betul-betul tuju kat lubang kipas laptop tu.. haha...
(Abaikan nota tu.. Tu nak mengingatkan jangan asyik ngadap laptop je sebab jahitan banyak lagi.. ihikkk...)

Buat masa ni, memang kena hadapkan kipas meja ni khusus untuk sejukkan kipas laptop aku.. Takut aku kalau bunyi macam hari tu keluar lagi.. Kalau dengar radio online tu, kena gunakan kelajuan nombor dua.. Bukan apa, takut kipas laptop tu cepat panas je.. Tapi kalau setakat bukak fesbuk je, guna kelajuan nombor satupun tak apa... Dah tak berapa berani nak bukak banyak tab.. Serik den... ehehh...

Ni je la nak cerita.. Tak berani nak cerita lebih-lebih pasal laptop ni.. Kang dia merajuk lagi, jenuh aku nak pujuk.. Meroyan aku sorang-sorang kat sini minta bantuan.. Tapi bantuannya nan hadoo... Kena la cari jalan penyelesaian sendiri... Nasib badan, apo nak dikato... ;p

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil Dell yang sudi melayan pertanyaan aku.. Kitorang main balas-balas mesej kat fesbuk.. hahaha... Aku tanya dalam Bahasa Malaysia, dia jawab dalam Bahasa Inggeris.. Tak kisah la nok, janji dua-dua faham.. kehkehkeh... Sedikit sebanyak perbualan itu dapat membantu aku yang dalam kekusutan.. Korang yang nak beli laptop baru tu, silalah beli Dell.. Layanan online dorang memang tip top.. Patut la anak-anak kakak aku semuanya pakai Dell ni.. Tapi kan, sampai sudah aku tak tau wakil Dell tu lelaki ke perempuan.. hihihi... 

Sebahagian daripada perbincangan... ecehhh.... haha...


p/s: Bil letrik dah mula mencanak naik dah ni.. Turunnya tak pernah.. Naik semedang.. aalaaahaiii...

10 Tukang Tembak:

Maiyah said...

salam..
tnb makin kayo :D

ummiarissa said...

hah kipas pun ada level2 tertentu...he he he...kesian kipas tu nak layan tuan dia..

Acik Erna said...

assalam azz..osah sayang e azz ngan dell tu siap bopasang an kipeh..
tang bil letrik tu azz..akak lom ponah dpek bil kurang dari 140..kurang duo ringgit duo ratus tu selalu

APAN said...

lom penah alami lg mende ni...tp napa tala ke kipas, x tala ke laptop terus? pelik gak ni...

~ Cik Azz ~ said...

Maiyah>

Waalaikumussalam..

Tu la pasal.. Rezeki dorang, kan.. eheh...

~ Cik Azz ~ said...

UmmiArissa>

Ikut tahap kegunaan.. Kalau banyak bukak page, makin laju la kipas tu.. hehe..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Waalaikumussalam kak..

Sayang la kak.. Ghaso ehh dah tak mampu nak boli lain..

Bil api ghumah sey bulan ni osah naik ehh.. Biaso dalam rm140 yoo tapi bulan ni lagi duo hinggit nak jadi rm200.. poning palo mikir an.. huhu...

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Kipas ni tala ke arah lubang kipas laptop tu laa... Tujuan dia nak sejukkan kipas laptop tu.. Kipas laptop mudah panas kalau bukak page yang berat2..

Laptop akak takde cooler fan.. huhuhu..

APAN said...

ooo...ingat tale ke cooler fan tu...tu yg musykil tu...tale la selagi nak on9...hehe...

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Ha'ah.. Selagi laptop tak shutdown, selagi tu la dok tala kipas ni..

Tapi buat masa sekarang ni, bunyi krek2 hari tu dah takde dah.. Memang kipas laptop la yg ada masalah.. Ko kalau nak laptop ko selamat, ko buat la macam ni.. Cooler fan tu pun kadang2 tak mampu nak menampung kepanasan laptop..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »