Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 5, 2012

Itu king control namanya, bukan sayang...

Assalamualaikum...

Itu king control namanya, bukan sayang... 

Baru-baru ni ada sepupu datang beraya ke sini.. Dia datang dengan isteri dan dua anak yang masih kecil.. Tu la satu-satunya anak buah mak aku yang datang beraya kat sini walaupun anak buah dia punya la ramai.. Hmmm...

Malam tu sepupu aku tu bersembang la dengan abang dan mak aku kat dapur.. Aku memang jarang masuk campur dalam sembang-sembang ni.. Entah la... Macam malas je nak masuk korum.. :)

Perbualan dah tentulah berkisar dalam hal kekeluargaan.. Sepupu aku tu memang rapat dengan keluarga aku.. Mak aku dah anggap dia macam anak sendiri.. Sebab tu dia boleh cerita perihal keluarga dia dengan mak aku..

Disebabkan dorang berbual dengan suara yang agak kuat, maka akupun tak dapat la nak melelapkan mata.. Dok golek ke kiri, tak jugak lelap.. Golek ke kanan, dok macam tu jugak.. Terlentang sampai tutup muka dengan bantal sebab silau cahaya lampu dari dapur tu pun ikut menyumbang kepada ke-tidak-lelapan mata aku ni.. Aduhaii.. Masuk tidur punya la awal, tapi dok pi dok mai, dok tang tu jugak... Terkebil-kebil sudahnya..

Dari apa yang aku dengar, sepupu aku tu bagitau mak aku yang adik perempuan dia tak pernah balik beraya kat kampung selama lima tahun berturut-turut.. Padahal bukannya duduk oversea.. Bukan juga sebab masalah kewangan.. Duduk kat Penang je sebab adik dia tu kawen dengan orang sana. Raya kelima atau keenam baru balik kampung.. Siapa je yang ada kat kampung kalau macam tu..? Cuma mak dia je yang jumpa adik dia tu tapi dia dengan adik beradik yang lain tak dapat la nak jumpa sebab masing-masing dah balik bekerja..




Akhirnya dorang adik beradik bersuara jugak.. Sampai bila suami adik dia tu nak kongkong isteri dia.. Kalau sayang sekalipun, jangan la sampai control macam tu.. Memang la adik dia tu jenis tak banyak suara, ikut je cakap suami dia.. Tapi dalam hati dia dah tentu meronta-ronta nak balik kampung, jumpa dengan anak-anak buah dan keluarga sendiri.. Sepupu aku tu tau adik dia sedih tapi nak buat macam mana kalau dapat suami yang jenis tak bertimbang rasa.. Langsung takde kompromi.. Kalau tak nak bertolak-ansur, kawen je la dengan jiran sebelah rumah.. Tak payah susah-susah kawen dengan orang jauh.. Geram betul bunyi suara sepupu aku tu..

Susah nak cakap, kan.. Aku yang mendengar cerita secara tak langsung ni ikut geram.. Mujurlah kakak-kakak aku dapat suami yang bertimbang-rasa.. Kalau dorang tak dapat nak balik lama, dapat semalam duapun tak mengapa.. Sekurang-kurangnya dapatlah mak aku menghilangkan rindu kat kedua kakak aku tu..

Pernah sekali dulu mak aku cakap kat aku yang kakak aku sorang tu sekejap je duduk kat rumah.. Belum sempat nak borak panjang, dah kena balik dah.. Pastu akupun jawab la, sebab tu orang maleh nak kawen... kehkehkeh.. Diam terus mak aku... huhuhu...

p/s: Bukan semua wanita noghogi queen control.. Kena control lagi ada laa.. Jadi, tolong buang persepsi bongok korang tu.. Ehh, tetiba je.. ;)

5 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam.

Memang ada spesies laki macam tu kak..dibuatnya bini macam hak milik mutlak 100%

Orang macam ni, tak paham agama. Kalau paham, dah tentu ada sifat tolak ansur, sedar n alert prasaan isteri sendiri.

Eh, aku pun ase macam nak hangin gak,hahahah.

Phat said...

tolenrasi adalah kunci kebahagiaan sesebuah keluarga

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik azz sama kes cam kawan cik ina punya akak, bila suami dia dah meninggal dunia baru-baru ni barulah dia merasa balik kampung jenguk mak ayah kalau tidak jangan haraplah.kalau balik pun tak sampai sehari suami dia ajak balik.simpati ngan isteri yang bersuami ngan org cam kalau cam tu rupa baik tak yah kahwin lagi senang.

Angah said...

asam garam org berkahwin ni macam-macam kan...

kyo_9 said...

sebab tu je ke yg buat kak azz x lengkapkan separuh agama lagi? :ragu

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »