Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 10, 2012

Jangan cakap je.. Buktikan..!!!

Assalamualaikum...

Jangan cakap je.. Buktikan..!!!

Masa bulan puasa hari tu ramai yang kongsikan info, gambar dan artikel mengenai penderitaan serta kekejaman yang berlaku kepada kaum etnik Rohingya di Myanmar kat fb masing-masing.. Akupun ikut sama berkongsi gambar.. 

Namun begitu, aku tidak ikut sama berkongsi sumbangan ataupun menderma atas sebab kurang percaya dengan segala nombor akaun yang disertakan.. Sekarang ni macam-macam penipuan berlaku dan ramai je orang yang mengambil kesempatan yang ada.. Itu yang buat aku keliru tu.. Berbelah-bagi samada nak menderma ataupun tidak.. Maafkan aku di atas kesangsian ini.. huhuhu..

Namun, baru sekejap tadi, bila aku belek-belek surat khabar, maka akupun ternampak la artikel yang berkaitan.. Kecik je artikel tu... Kalau tak belek bersungguh-sungguh, memang tak akan nampak punya la.. Lepas tu, terus je aku cari artikel tu kat Utusan online.. Alhamdulillah, ada.. Bolehlah aku kongsikan kat sini... Mana la tau kot-kot ada yang ingin menyumbang.. 

Cakap banyakpun tak guna jugak, ya tak.. Apa lagi, marilah kita sama-sama buktikan bahawa kita adalah dari kalangan masyarakat yang prihatin...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Dua wakil sukarelawan Malaysian Relief Agency (MRA) selamat tiba di Bandar Sittwe, Myanmar pada pukul 6.30 petang waktu tempatan semalam bagi menyalurkan bantuan hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran pertubuhan itu bersama Kumpulan Utusan.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, wakil MRA itu, Mohd. Shahrulazilan Said dan Johari Kan Abdullah juga berjaya memasuki Arakan iaitu kawasan utama pergolakan dengan kerjasama kerajaan Myanmar.

"Kejayaan kami memasuki Arakan merupakan kejayaan besar kerana berbanding misi bantuan lain, mereka hanya menyalurkan bantuan dari pintu masuk sempadan negara itu sahaja.

"Kami menyasarkan bantuan permulaan meliputi keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan garam bernilai RM80,000 disalur kepada pelarian Rohingya di Arakan pada Isnin ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tabung kemanusiaan itu yang dilancarkan pada 14 Ogos lalu kini berjaya mengumpul dana sebanyak RM104,857 yang akan disalurkan bagi meringankan kesengsaraan masyarakat Rohingya di Myanmar.

Dalam pada itu, Mohd. Daud berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil membantu mangsa konflik etnik di Myanmar dengan menghulurkan sumbangan kepada tabung berkenaan.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank di nombor 5640-9820-6365 atas nama MRA - [Sumber]

p/s: Beringat sebelum kena.. Kalau dah terkena, menyesal tak berguna..

2 Tukang Tembak:

cheryna zamrinor said...

Yup!Memang teruk penderitaan diorg nieh kak. Tabung dah bukak...apa lagi, jom hulur!

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin ye:)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum kakazz.

Saya sebenarnya, tak brapa paham isu Rohingya ni.. sampailah bila fokus betul2 kisah saudara kita ni kat berita.

Saya tak taulah..sekeliling kita, ramai dah saudara2 kita yg hidup merana.tpi kita kat sini,boleh berjimba2 lgi..paling teruk, tak bersyukur..tgk jelah perangai2 pelik kat tv skrg ni..baru ni,pijak2 gmbr..ishhh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)