Assalamualaikum...
Orang mengandung sila jangan tengok..!!!
Kalau tengok jugak, pastu mengidam, pastu cari tak jumpa, jangan salahkan aku ehh...
Aku dah warning awal-awal dah...
Aku cuma nak kongsikan gambar jeruk ni je..
Inilah dia jeruk hasil buatan mak aku dengan abang aku...
Abang..??
Habis, aku tak tolong ke...??
Jangan nak buat-buat terkujat la haiihh..
Aku memang tak masuk campur dalam projek dorang ni..
Lagipun aku tak berapa nak makan jeruk-jeruk ni..
Risau gastrik aku datang balik..
*alasan je... :P
Makan tu makan la sikit...
Takde la makan beria macam orang mengidam..
Aku makan setakat satu dua keping je..
Kalau masin, main cicip je..
Kalau manis sikit, baru la makan lebih...
Kehkehkeh...
Pokok mangga ni buah dia masih banyak lagi..
Bila buah banyak, saiz dia jadi kecik sikit laa...
Pastu kecik-kecik lagi empulur dia dah keras dah...
Patut la kelentang-kelentung bunyi kat dapur hari tu..
Rupanya abang aku tengah belah buah mangga tu..
Raya hari tu ada la empat lima orang yang mintak buah ni..
Semuanya ibu mengandung yang mengidam...
Bagi aje..
Tak payah nak jual-jual la haiihhhh...
Kuinin kat bawah ni pulak jiran mak aku yang bagi.. Tapi sayang, rupa kat luar cantik.. Isi kat dalam ada sarang-sarang sikit.. Itulah namanya cantik di luar, busuk di dalam.. Sedikit sebanyak mengganggu proses peng-unggihan aku.. Aku suka unggis buah ni.. Tak suka nak hiris-hiris.. Tak puas makan sopan-sopan ni.. Nak kena ada gelojoh sikit baru la thrill.. :D
Novel tu..?? Terbaik...!! Boleh cuba baca... Aku dok ulang baca dua tiga kali dah ni.. Dialog agak kasar sikit.. Tapi memang itu cara dan gaya hidup kita, kan..? Tak perlu nak menafikannya.. Yang kasar akan bertemu yang lembut dan begitulah sebaliknya.. Ibarat api, lawannya mestilah air.. Tak gitu..? Kalau yang lembut bertemu yang lembut, jawabnya auuuwwww....!!
p/s: Nak cari air.. Nak cari air... :-)
3 Tukang Tembak:
Assalammualaikum.
Hohohoh..akk, kali terakhir saya buat jeruk..masa..masa darjah 5..untuk subjek sains..keh3, lama benau (-_-)
Ooo..Pergilah Air Mata..saya cari kat libry je lah nnti..pokai dah asyik membeli..susahkan kak bila dah ketagih novel ni..huhuhu
sebalang ada jeruk kat rumah...wat tngok tv sedap tuh...untung kalau ada kat umah bujang ni....
assalam azz..tak mengandung pun terliur yo negok gambar tu...serius tak tipu he he
Post a Comment