Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, October 19, 2012

Motivasi Kasih...

Assalamualaikum...

Motivasi Kasih...

"Ramai wanita yang silap dalam mentafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta sejati tetapi tidak usah hingga terkorban diri.. 

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi..."

Membina Cinta Sayang: 
- Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj -





Sesekali kena baca jugak buku motivasi macam ni.. Bukan apa, untuk menyedarkan diri terutama sekali untuk menaikkan keyakinan terhadap diri sendiri.. Kalau diri sendiri takde keyakinan, macam mana nak yakinkan orang lain, ya tak..? Tapi kalau keyakinan diri sendiri masih tak naik-naik jugak, degil macam tuannya jugak, mudah-mudahan orang lain la yang naik tahap keyakinan tersebut... huhuhu...

p/s: Kawe ni pandai tulis je, buatnya entah... kuhik-kuhik-kuhik.. *gelak versi baru..

3 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam.

Nak jugak la gelak versi baru akak, kuhik kuhik kuhik kueh..eh? hahaha

Saya ada buku ni kak..tpi sy pun dah lupa apa isi kandungannya,adehh (=.=)

Memang elok baca buku motivasi..lebih elok baca hari2 kan :) sebab stiap hari kita kena tempuh pengalaman n cabaran baru. Bila baca buku2 jenis ini, sekurang2nya mcm akk gtau, kita oleh tambahkan keyakinan n semangat menempuh hari2 mendatang.

cHeRyNa PiReS said...

Takpe...Sha pon buat nieh setiap hari :)

Sebab tak boleh nak harapkan org gerakkan kita dan gelakkan kita. Kena cari semuanya sendiri kan kak?

gadisBunga™ said...

harap harap kite termasuk la dalam golongan wanita yang Allah sayang kan?

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »