Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 23, 2012

Nasi dagang tak jadi..

Assalamualaikum..,

Nasi dagang tak jadi.. 

Hari tu aku tertengok gambar nasi dagang kat salah satu grup kat fesbuk yang di-post oleh sorang kakak ni... Kakak tu stay kat oversea tapi rajin masak-masak untuk family dia.. Aku ni dengan buat muka selamba, terus je la tanya kakak tu macam mana nak buat nasi dagang cara dia tu.. Padahal banyak je resepi kalau gugel, kan.. Tapi, entah.. Nampak macam sedap je nasi dagang yang kakak tu buat.. Pastu cara dia buat tu macam ringkas je.. Tu yang aku teruja nak buat tu..

Yang buat aku rasa tercabar sikit ialah kakak tu dah la duduk jauh dari sini, lepas tu kawen pulak dengan orang putih, lepas tu rajin pulak masak masakan Melayu kita ni.. Kita yang duduk kat Malaysia ni tak kan la tak rasa tergugat kot.. Dah la semua bahan senang nak jumpa, kan.. Aku salute la kat kakak tu dan kawan-kawan dia yang lain sebab anak-anak dorang diajar untuk makan makanan Malaysia/Melayu.. Takde la macam sesetengah orang Melayu yang tinggal kat Malaysia ni yang bla... bla... bla... *malas nak cakap banyak.. :)




Bila dah dapat resepi dari kakak tu, terus je aku masuk dapur..Check bahan yang ada.. Okay, beras pulut ada.. Pastu check pulak halba.. Ehh, halba tu macam mana rupa dia..? Hahaha... Yang ni aku failed.. *mengaku je la kalau dah tak tau tu.. Buat apa nak menipu.. :p 

Terus je tanya mak aku.. 

Mak, halbo tu cmno ghupo ehh..? Pastu aku tunjuk la bekas berisi buah pelaga.. Yang ni koo halbo tu..? 

Mak akupun apa lagi, jawab la.. Apo lak itu halbo.. Tu buah polago.. Halbo tu yang macam bogheh tu..

Lepas dapat clue pasal halba tu, terus je aku bukak kabinet, cari la kot-kot ada lak terselit kat dalam tu.. Tengok-tengok, ehh ada laa... Pastu tunjuk kat mak aku plastik halba tu untuk pengecaman.. haha..

Yang ni kan halbo...? Ni dio tulih halbo kek plastik ni..

Pastu mak akupun jawab la, ha'ah.., ni la deh halbo... 

Okay, done.. Semua bahan dah ada untuk buat nasi dagang keesokannya.. So, malam tu aku cuma rendam dulu beras pulut...




Maka, terhasil la nasi dagang versi aku berpandukan resepi yang kakak tu bagi.. Tapi lauk kari ikan tongkol tu mak aku yang masak sebab aku tak pandai nak masak kari yang sedap.. Kalau suruh gulai lemak cili padi telur itik tu aku boleh la buat... Boleh ke makan nasi dagang dengan gulai telur itik.. hehehe...

Ada ke patut adik-badik aku suruh buat nasi dagang masa raya haji nanti.. Idok la weiii.. Nasi dagang yang aku buat ni pun banyak sangat kekurangannya.. Rasa macam nasi dagang sebab ada bau halba tu je.. Kalau tak, tak tau la nak kata nasi apa sebenarnya... 

p/s: Ni la dia kisah nasi dagang aku yang tak menjadi tu... Bukan salah resepi tau.. Resepi kakak tu dah okay dah.. Cuma cara aku buat nasi dagang ni yang tak berapa nak okay.. Takpe, sekurang-kurangnya aku dah tau cara nak buat.. Cuma perlukan lebih prektis je.. Masalahnya, akupun kurang suka makan nasi dagang ni sebab cepat muak... Habis tu, camno nak prektis selalu, ya tak... ehehh...

3 Tukang Tembak:

cik aletheea: said...

yakin boleh! yakin boleh!
buat untuk raya haji...yeeeeee....

Maiyah said...

btul.. prlukan
lebih praktis ;)

gadisBunga™ said...

boleh improve lagi nihhh...!!

terus rindu nasik dagang mak saya!

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »