Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 24, 2012

Alahaiii...!! Tak sampai sejengkalpun...


Assalamualaikum...

Alahaiii...!! Tak sampai sejengkalpun...

Ni bukan aku yang buat ataupun beli kat sini...
Ni adik ipar aku yang bawak..
Frozen pulut panggang dari tetttttt...!!! (rahsia..)




Zaman sekarang ni semua benda nak kena bajet comel, kan..?
Sampaikan kuih-kuih yang dijualpun punya la terserlah kecomelannya..
Dengan kontotnya, dengan kecil moleknya...
Alahaii, memang sangat comel..
Comel secomel-comelnya...
Kehkehkeh...




Untuk membuktikan lagi fakta kecomelan itu, makan ukuran segera diambil..
Dan hasilnya, lihatlah seperti gambar di bawah ini...
Mana lagi comel, pulut panggang itukah ataupun jari si pengukur tu..
Muahahaha...




Kalau dulu panjang pulut panggang ni melangkaui sejengkal ukurannya...
Tapi sekarang ni, tak sampai sejengkalpun...!!!
Lepas tu punya la kurus melidi...
Gemok lagi jari aku...
*kuhik-kuhik-kuhik...

Kalau la aku yang jual pulut panggang frozen macam ni kat sini, alamatnya takde siapa la yang nak beli.. Lagi kena umpat ada la.. Tapi yang ni kawan adik ipar aku yang jual kat bandar, maka kecil molek macam ni pun laku jugak.. Rasa pulut panggang ni pun okay jugak.. Jadi, bila saiz pulut panggang ni pendek tak sampai sejengkal kira berbaloi lagi la sebab tekak masih boleh terima rasa dia. Beruntung sebenarnya orang yang tinggal kat bandar ni.. Yang penting nak kena rajin je.. 

Kat sini aku jual popia frozen sepeket sepuluh ketul dengan harga tiga ringgit setengah itupun ada yang kata, bukan sepeket duabelas ketul ke..? Lepas tu siap cakap lagi, ni kampung, mana boleh jual mahal sangat.. Lepas tu siap demand pulak nak suruh lebihkan sos.. Adoyaii... Tapi bila tiba masa dorang menjual itu-ini, ehh, pandai pulak letak harga.. Macam-macam alasan keluar.. Propa betul.. ehehh...

Persoalannya sekarang, bahan mentah kat kawasan kampung dan ulu banat ni lagi mahal jika nak dibandingkan dengan bahan mentah kat bandar tu.. Dan aku menjual ikut harga dan kuantiti yang sama macam orang lain jugak.. Mungkin dari segi rasa tu yang berbeza.. Mentang-mentang la aku punya buatan tak sesedap mana, tu yang nak murah tu kot... huhuhuhu.. Tapi takpe, aku ambil semua kata-kata mereka ni sebagai pemangkin semangat.. Insyaallah..

p/s: Syukur, masih ada yang sudi beli popia aku.. Alhamdulillah... Dan syukur jugak sebab tahun ni ada rezeki aku untuk melakukan ibadah korban.. Alhamdulillah...

2 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..memang cam tu la rupo e azz..kek sini pun cam tu..kocik yo..makan konyang tak do la buek raso yo boleh la..

cHeRyNa PiReS said...

Kalo org, jual tak sampai sejengkal...agak2 makin murah ke mahal kak? Hehehe.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »