Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 9, 2012

Untuk dia...

Assalamualaikum...

Untuk dia...

Petang semalam aku dok kait buah mangga telur yang dah masak ni..
Buah mangga ni dari hari tu lagi berbuah secara berperingkat..
Tak putus-putus buah dia..
Mungkin sebab selalu bagi kat orang kot...
Tu yang rajin berbuah tu...
Kata orang, murah rezeki...
Alhamdulillah...
Amin....

Buah mangga ni aku nak bagi kat adik ipar yang tengah pregnant tu..
Tapi dia tak balik..
So, aku kirim je buah ni kat adik ipar yang sorang lagi..
Kebetulan adik aku ada balik sini...


Guna sauk ikan je.. Kalau buah betul-betul masak, nanti cepat je dia gugur ke bawah.. Pastu nanti buah tu lebam sebab jatuh atas simen.. Tu yang guna sauk tu...


Hasil saukan... hehehe...


video
Tengah-tengah menyauk, tiba-tiba tangan kena gigit dengan kerengga... hahaha...


Lepas tu petik pulak buah betik ni...
Anak-anak buah aku suka makan buah-buahan tempatan ni..
Bagus la macam tu, kan..
Boleh cuci perut....
Hehe...


Liat jugak rupanya dia ni... Jenuh jugak aku memulas... ;)


Ko ader...??
Konpem takde, kan...
Muahahahaha.....
Larikkkssss.....!!!


p/s: Moga semua buah ni elok bila sampai kat dia.. 

4 Tukang Tembak:

cHeRyNa PiReS said...

Haaaaa...my perberet. Macam2 nama org panggil nama mangga tuh. Telur la, pauh la, baby laaa...

Eh kak...betik tu nak buat kerabu ke pe?

Angah said...

mangga telur kat kampung angah orang panggil 'mempelam padi'

Za Noh said...

uwaa....sedapnya..nak sebijik boleh? suka mkn mangga. kalau dh masak la. hehehehe....lagi satu. buah betik tu...housemate zaa suka mkn, abg kakak n mama suka...zaa je tak. kalau buat sayur sedap tau :) serius

kyo_9 said...

pergh.. gambar terakhir tu besar betul.. nak skeeettt :tlg

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »