Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, November 8, 2012

Buah mangga jiran... Yummy....!!!

Assalamualaikum...

Buah mangga jiran... Yummy....!!!

Ni buah mangga kepunyaan jiran aku..
Menjadi sungguh buah mangga dia tahun ni..
Punya la lebat bunga dia..
Itupun banyak yang gugur dan terpaksa dibuang..
Kalau bunga terlalu lebatpun tak elok jugak..
Nanti buah tak berapa nak besar...

Buah mangga kalau besar lagi sedap, iya ke..?
Tapi aku suka buah mangga yang sedang-sedang je..
Pada aku buah mangga yang sedang-sedang ni lebih manis berbanding buah mangga yang besar...
*orang lelaki je suka buah mangga besar ni.. ahakk....




Emak aku dah banyak kali beli buah mangga jiran aku ni.. Beli untuk adik aku la, pastu untuk kakak aku la, pastu untuk abang aku la.. Kakak yang kat Labu dan adik-adik aku yang kat Shah Alam dengan Sungai Buluh tu pun merasa buah mangga ni... Mak aku kirim kat kat abang aku dengan anak buah aku...

Buah mangga ni isi dia manissssss sangat..
Memang tak rugi membeli..
Pastu sekilo cuma RM3 je...
Kalau kat bandar ni tak tau la sekilo berapa harga dia..

Benih pokok mangga ni datangnya dari Perak..
Tak ingat pulak aku dari daerah mana samada Lumut ataupun Manjung..
Inipun jiran aku tu kirim kat anak jiran yang duduk kat Perak tu tolong belikan anak pokok mangga ni..

Sekarang ni buah mangga tu dah habis dah musim dia..
Lepas ni bermula pulak musim durian, manggis, rambutan dan sudah semestinya musim banjir...
Huhuhu...


p/s: Rambutan dah mula mencelah.. Manggis dah mula membulat.. Durian? Pakat beli durian orang je laa.. ehehh...

5 Tukang Tembak:

Syida Rasyidah said...

sedapnyeee..

erm, nak tau tak, kt perak sekarang dah mula musim buah tau :D

akuanakpahang said...

Murahnya 3 hinggit aje kat sini mau tak dapat :(

Tijah said...

Dian kampung dah kuar skang. Bleh aa boli buek bubo kacang

cHeRyNa PiReS said...

terasa2 kat lidah pulak bila akak sebut nieh kak...adoiii...

Acik Erna said...

assalam azz..memang manggo jenih tu sodap..kot 3 inggit memang murah..biaso e 6 ko 7 inggit tu azz..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »