Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 30, 2012

Tak letih ke..?

Assalamualaikum...

Tak letih ke..?

Tak letih ke kalau hari-hari buat benda yang sama..
Bezanya cuma masa dan tempat benda tu dilakukan je...

Kat fesbuk, mengumpat...
Kat YM, mengumpat...
Kat chatroom, mengumpat...
Kat skype, mengumpat...
Kat twitter, mengumpat...
Kat blog, mengumpat...
Kat chat online, mengumpat...

Kat ofis, mengumpat...
Kat bus stop, mengumpat...
Kat stesen LRT, mengumpat...
Tunggu komuter, mengumpat...
Kat tandaspun mengumpat....

Kat pasar, mengumpat...
Kat dalam kereta dan kenderaan awam, mengumpat...
Kat atas motorpun mengumpat...
Bersaing naik basikal, mengumpat jugak...

Tengok tv, mengumpat...
Tengok showcase, mengumpat...
Dengar ceramah, mengumpat...
Makan kenduri kawenpun mengumpat juga tu...
Ziarah orang sakit dan orang meninggalpun sempat lagi mengumpat... aduhaiii...

Bulan puasa, mengumpat...
Hari raya, mengumpat...
Hari cuti, lagi la banyak aktiviti...
Haiihh, tak letih ke mulut tu dok mengumpat je...

Anak dara, mengumpat...
Anak teruna, mengumpat juga...
Janda dan duda nak join sekali...
Suami mengumpat isteri... (buruknya perangai... ehehh...)
Isteri mengumpat suami... (tak bau syurga tu...)
Apalah nak jadi mengumpat sana-sini...

Kesimpulannya, cuma baby yang baru lahir je yang tak pandai nak mengumpat... hehehe....


p/s: Saja je buat pantun yang tidak seragam.. kehkehkeh... Jangan terasa atau marah haaa... Just for fun.. Dan untuk ingatan bersama juga... Mana yang baik tu, ambil.. Yang tak baik tu, kita bako je.. hahaha...

4 Tukang Tembak:

Unknown said...

salam kak azz~

hehhee.. tabiat yg dah tak boleh nak di ubah... ^^

Cik Azz said...

Lynda Lum:

Waalaikumussalam...

Betul tu.. Nak buang seratus peratus memang la susah.. Kalau dapat kurangkan sedikit demi sedikitpun okay jugak kot... Yang penting ada usaha untuk mengurangkan aktiviti tak berfaedah ni..

*Kadang2 TERmengumpat jugok.. :D

Tinta Lana said...

Salam.

Kak azz, akak salah tajuk la entry ni..patut tajuknya 'mengumpat' hahahahah

Kadang2 kan kak, kalau pi tnds awam, duk dengaq org yg dlm jamban bersebelahan mengumpat..sempat lagi..hik3

Cik Azz said...

Lana:

Saja je letak tajuk lain.. Kang letak tajuk mengumpat, takde sape lak nak masuk baca sebab boring asyik2 citer tu je... haha..

Kat tandas mengumpat tu takpe la kot sebab tempat tu kotor, sesuai sangat la buat aktiviti kotor macam tu jugak..

Yang tak seronoknya, kat majlis tahlil pun sempat lagi mengumpat si mati.. Rasa macam nak sound direct je.. adehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)