Assalamualaikum....
Budaya bodek-membodek...
Aku paling tak suka dengan budaya bodek-membodek ni...
Entah la, tak reti aku nak membodek segala...
Mungkin sebab itu aku kurang disenangi...
Orang tak suka aku sebab aku tak pandai nak bodek dorang...
Ohh maiii kambing hitam....
Bagi aku, orang yang suka membodek ni pemalas orangnya...
Manakala orang yang suka dibodek tu angkuh sifatnya...
Gara-gara membodek, sanggup menidakkan benda yang betul...
Apa kehey....!
Teringat kisah bodek-membodek masa kerja dulu...
Bila diingat balik, sakit hati jadinya...
Ada orang tu, kerjanya tak seberapa tapi gajinya lebih tinggi... Banyak main, jalan-jalan keliling department, borak-borak sesama staff, macam takde kerja nak buat... Kerjanya main angguk dan mengiakan je apa yang boss cakap... Kalau boss panggil, cepat je datang, nak terkucilpun sanggup tahan.. Tapi bila operator panggil sebab barang kehabisan stok, jalan punya la lembab macam tak makan setahun... Sangat membosankan... Banyak lagi contoh lain tapi tak perlulah nak cerita semua secara terperinci... Sikit-sikit sudah laa.. ehehh...
Aku kalau nak bodekpun dengan budak-budak bawah umur je, yang masih tak boleh nak berfikir... Nak suruh budak-budak ni jadi rajin mengemas dan membaca bukan perkara mudah... Terpaksa digula-gulakan... Terpaksa cakap dorang cantik, lawa, pandai, ensem, apa saja la asalkan dorang teruja dan tersenyum malu.. Banyak kecundang dari berjaya yang menunjukkan bahawa aku memang tidak pandai membodek.. haha...
Pada aku, itu bukannya membodek... Itu lebih kepada permainan psikologi... Cara kita mengajar dorang lebih bersikap bertanggungjawab... Walaupun kadang-kadang terpaksa umpan dengan aiskrim... hehehe... Lagipun, bodek budak-budak bukannya dapat apapun, kan... Buatnya dorang demand yang bukan-bukan, rabak poket woiii... haha...
Orang yang kuat membodek ni hatinya tak akan pernah tenang... Percayalah... Orang yang suka dibodekpun bawak-bawaklah sedar diri.. Tak akan selamanya orang nak bodek awak je.. Masa awak kat atas, memang la ramai yang membodek sebab awak ada segala-galanya.. Namun bila awak dah jatuh, jangan harap la orang nak bodek awak lagi.. Makin ramai yang membidik ada la... Berwaspadalah selalu dengan budaya yang tak sihat ni...
p/s: Henti-hentikanlah membodek.... Tak rasa bersalah ke jika rezeki yang dibelanjakan itu datangnya dari hasil bodek-membodek...?
2 Tukang Tembak:
Salam.
Saya suka bila tang ayat ni, "bila dah jatuh,jgn hrp la org nak bodek awk gi,makin rmai membidik ada la"
Memang betul ni kak..kisah benar ni. Salu nampak..dlm drama..eh?hahaha.
Akak, dengan budak2 memang tak salah pun membodek.. mcam yg akk ckp, ia salah satu teknik psikologi sbnrnya kan :)
Kalau ikut pnglmn sya keja kat tmpt bru ni..urm..tak nampak lgi yg jenis camni..tpi yg membidik tu ada la kak..dia jenis nak cari pasal je ngan suma..huhuhu. Kasar plak tu orgnya..sabo je la..
Eh, sesi luah prasaan ngan akk plak,keh3. takpa eh, jgn mrh tau,hehhehe >_<
Lana:
Yang nampak kat dalam drama itu la yang selalu berlaku.. Cuma, bila benda tu tak berlaku kat kita, memang kita akan pejam mata, buat tak nampak dan tak kisah.. Tapi bila benda tu dah jadi kat kita ataupun keluarga kita ataupun kawan2 kita ataupun jiran tetangga kita, baru la kita melopong tak percaya.. Masa tu tak boleh nak cakap apa dah, kan... :)
Mudah2an Lana tak terkena dgn orang yang suka membodek ni.. Takut nanti jadi gaduh je kalau tak kuat nak hadapi.. ehehh..
Post a Comment