Assalamualaikum...
Kebaikan dan keburukan widget bloglist...
As a blogger, kita memang suka letakkan widget bloglist kat sidebar blog kita... Tak kira la sidebar kiri ataupun kanan. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita melihat jika ada entry terkini daripada kawan-kawan blogger kita.. Ini salah satu kebaikan widget bloglist yang disediakan..
Contoh widget bloglist kat blog aku ni...
Blog sendiripun masuk dalam list jugak tu.. ahakk...
Ada juga blogger yang sanggup buat satu blog khas semata-mata untuk letakkan bloglist sahaja... Akupun ada jugak buat blog untuk bloglist ni tapi aku sendiri jarang masuk situ.. Tak tau la apa motif aku buat blog untuk bloglist tu.. Tengok orang buat, akupun ikut buat jugak... ahakkk... Mungkin sebab aku dah gunakan widget bloglist kat blog aku sekarang kot, tu yang aku tak masuk kat blog bloglist tu.. ehehh...
Keburukan widget bloglist ni ialah kadang-kadang ada di antara blog yang ada dalam widget bloglist tu menggunakan terlalu banyak gadget atau widget samada banner iklan, gambar yang gerak-gerak tu *entah apa ke nama dia dan sebagainya yang mungkin mengundang kehadiran virus malware.. Jika blog tersebut didapati menjadi host malware tu, secara tak langsung, blog kita akan turut mendapat tempiasnya walaupun blog kita takde letak segala gadjet atau widget tadi..
Jadi, cara untuk buang malware ni pada aku senang je asalkan kita jumpa dari mana puncanya.. Macam yang berlaku kat blog aku beberapa minggu lalu, ada malware tapi ianya berpunca daripada gambar gif yang aku gunakan, yang aku ambil dari photobucket.. Masa tu, terkial-kial jugak la aku nak buang sebab aku sendiri tak pasti gambar yang mana satu yang bermasalah.. Memandangkan blog aku ni tak banyak gunakan gambar daripada photobucket, iaitu cuma dua je, so, aku tumpu kat situ je la..
Sebenarnya lagi mudah untuk buang malware jika ianya berpunca daripada link yang ada dalam widget bloglist kita.. Kita just remove je link blog tu untuk sementara waktu.. Yang agak susah ialah jika ianya berpunca daripada blog kita sendiri.. Terkial-kial mencari punca.. Habis semua gadget kena remove satu persatu untuk mencari punca kehadiran malware tadi..
p/s: Kesimpulannya, lagi banyak gadget atau widget yang digunakan, lagi besar peluang untuk virus malware tu bergerak.. Pengalaman aku la, kan.. Pengalaman orang lain tu aku tak tau la pulak.. ehehh..
8 Tukang Tembak:
tq berkongsi..amat berguna.. :)
wah.. nice makcik..tapi kawan lg prefer buat satu blog khas utk bloglist.. hamek bersepah link blog kat situ.. haha.. tinggal pilih je mane nak baca..
pernah kene gak.. tapi ignore je..buat x tau..ntah mcmana bleh ilang pun x tau...seb baik
izan mama mia:
Sama2.. Jadi blogger kena la berkongsi info yang ada.. Tak baik kedekut2 ni... hehe..
Mekasih ya sudi singgah sini.. :)
Fariq Jalil:
Hai abang kacak lagi... wakakaka...
Hamboihhh ko, sampai hati panggil makcik naaa.. Awat tak panggil nenek terus.. kehkehkeh...
Akak ni malas la nak masuk kat bloglist tu.. Malas nak bukak banyak tab... Line selow maaa... :D
cik alethea:
Maybe tuanpunya blog yang jadi host malware tu dah remove mana yang patut kat blog dia, tu yang malware tu hilang tu.. Agaknya la, kan.. hehe..
saya memang buat blogliost asing....hehe
Cik Ma:
Lain orang, lain kesukaannya, kan.. :)
Post a Comment