Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, December 9, 2012

PDE la haihh...

Assalamualaikum.....

PDE la haihh...

Dulu, ambil kisah jugak...
Ambil hati jugak bila orang kata macam-macam kat belakang...
Murung dan mengasingkan diri...
Jahatnya mulut orang yang suka mengata ni...
Besar impaknya kepada orang yang jadi mangsa...

Sekarang, ambil mudah...
Dah malas nak fikir apa orang nak cakap, apa orang nak umpat belakang...
Makin fikir, makin sesak kepala otak...
Buat hal sendiri asalkan tak ganggu rumahtangga atau periuk nasi orang lain..
Tidak lagi murung tapi masih mengurungkan diri sebab takmo orang kacau baca novel atau buat kerja...
Siapa kacau, aku pelangkong...
Mau...???
Ehehh...

PDE la haiihhh nak kata apapun...
Bukannya luakpun, kan...?
Makin murah rezeki ada la...
Alhamdulillah... Thank you Allah... 
Syukur di atas rezeki yang Kau berikan...
Aminnnnnnnnnnn....... 


p/s: PDE lah = Pokok Dek Ekau lah... :-)

2 Tukang Tembak:

Ummiarissa Mahdi said...

saya dah lali dengan kejian dan cacian orang...namun demikian bukan atas kehendak saya...semua yang cuba menzalimi saya dulu mendapat balasan atas setiap perbuatan mereka...mujur ringan je ...ask?(ADA SAYA KESAH?)

Angah said...

ingat apa la PDE tu..

hidup kita tak luak dengan kata-kata manusai kak...yang penting sentiasa perbaiki diri sebagai hamba Allah, kelak Allah yang menentukan segalanya..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »