Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, January 11, 2013

Underwater photographer...

Assalamualaikum...

Underwater photographer...


Pagi tadi masa tengok rancangan Malaysia Hari Ini, terlayan pulak segmen bual bicara bersama pioneer underwater photographer ni iaitu Imran Ahmad yang juga merupakan seorang pensyarah.. Pensyarah kat mana tu, idok la teman tau.. ehehh..

Aku sempat merakam sedikit apa yang dibualkan sebab nampak macam menarik je gambar-gambar yang diambil di dalam laut tu.. Bukanlah bermaksud aku nak ikut menyelam dalam laut tu.. Tapi mana la tau kalau-kalau ada di kalangan pembaca yang suka mengambil gambar di darat dan ingin pulak mencuba mengambil gambar di dalam laut.. *wink wink Gadis Bunga... :)





Cuma aku nak minta maaf la sebab suara rakaman yang menggunakan enpon cap ayam serama ni memang aku tak tau nak adjust bagi kuat.. So, kalau nak dengar perbualan mereka, kena la gunakan speaker kuasa kuda... ehehh..

Lagi satu, aku kurang berkenan sikit kat pengacara yang menyampuk percakapan tetamu jemputan.. Imran tu tengah bercakap, boleh pulak dorang dok potpet entah apa-apa sampai susah nak dengar butir bicara yang Imran sampaikan.. Potong betul la dorang ni... Kok ya pun nak potpet, bagi la tetamu tu bercakap dulu sampai habis... huhuhu..

Lagi haru, dah last-last tu keluar pulak suara mak aku mintak duit nak pergi pasar.. Ingatkan tak termasuk dalam rakaman.. Bila dengar balik, alahaii... So, jangan dengar sampai habis ya.. hehehehe..


p/s: Just share apa yang aku rasa bagus untuk dikongsikan bersama iaitu profesion sebagai underwater photographer itu sahaja... :)

6 Tukang Tembak:

Unknown said...

sebab tu akak tak minat whi ni..pengacara dia suka potong cakap..lepas tu bgi soalan pun yang tidak2 je..

gadisBunga™ said...

aishhhh akak ni....cam tau tau je saya memang nak sangat ngambik gambo dalam air tuh. jeles kat orang yang dah snap snap underwater tau! :D

Unknown said...

buat ler cerita yg fantasi,kaler full..ble juga melayan minda dgn 0 kos

Angah said...

akak, memang selalu angah menyampah tgk rancangan bual bicara sebab adanya pengacara yang suka nyampuk ni...

Tinta Lana said...

Salam.

Saya pun sempat tengok mhi pgi tadi.. memang menarik sbb kat ngra kita, profession ni masih boleh dikatakan baru. :)

Haaa..saya ingtkn sya sorg je tak puas hati bab pengacara menyampuk ni,hehehe. Kalau tgk Wanita Hari Ini lagi la, ada sorg dua pengacaranya memg jenis sampuk (hamboi ayat ak,hahaha) pastu bila bercakap mcm excited smcm, hehehe

ibundo said...

akak ambek gambar ateh daghek yo cukuplah hehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)