Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, February 20, 2013

Kepok Ganu...

Assalamualaikum...

Kepok Ganu...


Keropok atau kepok ni mak kirim kat kawan kakak ipar aku.. Masa cuti raya cina hari tu, orang tu balik kampung dia kat Terengganu. Tu yang mak aku kirim tu.. Mak aku cakap, beli dalam bajet seratus ringgit...




Kat rumah aku ni selalunya memang ada stok samada keropok kering ataupun kerepek belinjau. Keropok ni bukannya untuk orang yang datang bertandang ke rumah, tapi keropok ni adalah untuk dijadikan kudapan bila kaum-kerabat aku balik sini. Dorangkan jenis berjaga sampai pagi. Kadang-kadang takde apa nak digigit. Tu yang mak aku beli keropok ni.. Sediakan aje la sos cili sebab anak-anak buah aku memang hantu sos cili ni. Tak lengkap makan keropok ni kalau takde sos cili tu..




Kadang-kadang mak aku ada jugak kirim keropok kat jiran Kelantan tapi ada beberapa kali tu, keropoknya bila dimakan, lidah dan tekak jadi gatal-gatal. Tak tau la kenapa. Sejak hari tu, mak aku jarang dah nak kirim beli keropok dari sana. Kirim je dengan orang Ganu tadi. Ikut pandai dia la nak pilih jenis macam mana. Lagipun dia memang dah biasa membeli keropok ni. Dah semestinya dia tau nak pilih yang mana elok, kan..


Aku suka jugak makan keropok ni.. Kalau sebelum ni makan keropok ni macam tu je. Tapi masa zaman aku bekerja dulu, aku tinggal serumah dengan orang-orang pantai timur dan dari situlah aku dah pandai jadikan keropok ni sebagai lauk.. Sedap wehh makan nasi berlaukkan keropok goreng dengan telur mata kerbau + kicap masin.. Perrgghhh...!!!


p/s: Kenapa ada keropok yang gatal bila dimakan ehh... Dan macam mana nak pilih keropok tu masa membeli..? 

11 Tukang Tembak:

Tijah said...

Begantung pado jenis ikan gak tu. Biaso ikan parang paling ok. Tp kok nak selamat boli yo kepek ubi podeh tu. Dah sesiap sos eh. Hikss!

Fariq Jalil said...

1 je nak tanya.. belinjau tu natang pe? heh

~ Cik Azz ~ said...

Tijah:

Kepek ubi podeh tu tak buleh simpan lamo2.. Nanti bau ehh tongik.. Dah ponah tokono dah.. Buek ghugi yoo boli.. Sapo nak makan kok dah tongik camtu.. huhu...

~ Cik Azz ~ said...

Fariq Jalil:

Adik kacak tak tau ehh belinjau tu apa..?

Belinjau tu ada gak yang panggil malinja.. Alaa, kepek tu banyak jual kat Batu Pahat nun.. Dulu masa anak buah study kat KUIHTO, mak akak salu kirim kat dia..

Mahal gak kepek belinjau kering tu.. Sekilo sampai RM18.. Tapi sedap walaupun ada rasa pahit2 sikit...

Fariq Jalil said...

oo.. kalo malinja penah la dgr.. cuma antara kenal ngan tak je.. heh

Tinta Lana said...

Salam.

Kalau pemilihan kepok, saya tak brapa reti kak. Sebab saya pun kadang2 je makan kepok ni..tunggu rezeki dri langit,eh, maksud saya, bila ada rezeki, jiran tetangga bagi, baru la saya makan,hehehe.

Susah nak cari yg sedap kat tengoh bandor cam saya ni (-_-)

Nak pesan kat org pun, diorg pun bukan salu balik pntai timur.. ha, tang makan kepok ngan nasi tu,memg sedap tu,hehe. Saya pun salu jadikan lauk, dpt plak nasi kerabu kan,hohoho, terbayang2 kenikmatnnya sambil naip komen ni ha,hahahah

#thanks akk utk komen kat entry template tu ^_^ org kata, tgh ada mud tukar2 template, tukar saja jadinya, >_<

izan mama mia said...

wah kepok ganu..lama tak makan..sedapnyer...

✿ pink velvet ✿ said...

sy allergic makan kopok lekor, drpd kecik lagi, uwaaa~~

ckLah @xiiinam said...

Sejak dapat jiran meja baru dari Ganu ni...stok kepok Ganu ckLah tak pernah putus. Hidangan segera jika ada tetamu segera. Panaskan minyak, goreng. Bancuh teh O.. sedapkan! ^-^


Teringat ingat rasa kepok gete ganu...

Ummiarissa Mahdi said...

betul...saya pun penah terbeli keropok di Kelantan habis gatal-gatal lidah saya...saya pun beli di Ganu juga...tapi pernah tak makan keropok lekor dengan nasi...saya suka...

With Julia said...

sedapppp ye kepok ganu...selalu dpt dari hubby sbb nenek bubby dari dungun ganu...plg sodapppp lah dari sana kan kak azz...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »