Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, April 5, 2013

Aku Penganggur..

Assalamualaikum...

Aku Penganggur.. 


Janganku dipandang hina, hanya kerna aku penganggur..
Jangan pula ku dilupa, hanya kerna aku penganggur..

Aku hanya insan biasa..
Ingin juga hidup bahagia..

Ohooooo..... Nasibku...
Aku... Penganggur...
Ohoooo.... Nasibku...
Aku... Penganggur....

Puas sudah mencari kerja, memang nasib aku penganggur..
Masih belum diterima, memang nasib aku penganggur..
Hasrat hati ingin membantu..
Menjaga orang tuaku..

Ohooo... Nasibku..
Aku... Penganggur...
Ohooooo.... Nasibku...
Aku.... Penganggur...

Aku anak berbudi bahasa, walaupun aku penganggur..
Hormat kepada orang tua, walaupun aku penganggur..
Mungkin esok ataupun lusa..
Aku akan mendapat kerja..

Ohooo... Nasibku...
Aku.. Penganggur...
Ohooo.... Nasibku....
Aku.... Penganggur...





Jangan lama sangat jadi penganggur.. Nanti orang meluat... Dah la menganggur, tak nak langsung buat apa-apa kerja.. Nak tolong buat kerja kat rumahpun malas.. Lepas tu bajet bagus la pulak dok pung pang pung pang sana sini tapi hasil satu sen pun tak masuk. Makin la orang meluat nak layan...


Sampai bila nak main-main pilih kerja.. Selagi tak dapat kerja yang sesuai, selagi tu la tak nak kerja.. Camtu ke..? Kalau camtu, macam mana la nak kumpul pengalaman.. Zaman sekarang ni pengalaman kerja yang orang cari.. Sebab apa..? Sebab sekarang ni makin ramai yang banyak cakap tapi tak tau nak buat kerja.. Semua pakat nak jadi bos besar.. hehh...


p/s: Lebih baik bercakap mengenai apa yang kita tau.. Kalau tak tau, baik diam.. Kalau nak tau, baik bertanya.. Kalau takde siapa yang nak bagitau, usaha sendiri untuk cari jawapan.. Jangan main redah je.. huhuhu.. *ingatan untuk diri sendiri.. :)

1 Tukang Tembak:

Angah said...

hihihi...seronok tanam 'anggur' kot..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »