Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, May 2, 2013

Perang poster...

Assalamualaikum...

Perang poster...


Hari ni sepatutnya aku ke PWTC untuk ke pesta buku tu.. Dah plan cantik dah.. Tapi apakan daya, perut aku pulak meragam sejak dari malam tadi lagi.. Jadi takde la aku berani nak berjalan jauh dengan keadaan perut yang tak stabil ni.. Dah melepas nak jalan-jalan ke KL.. Anggap je la takde rezeki, ya tak.. hehh...





So, pagi ni aku temankan mak aku ke pekan sehari. Dah agak lama aku tak pergi pekan sehari ni. Malas.. Pergi tadi tu sebab nak cari barang tapi apa yang aku cari tu tak ada la pulak..





Minggu lepas keluar takde la banyak macam ni poster yang ada.. Pagi ni tengok dah macam apa dah.. Aku main snap je mana yang sempat. Takde la aku rajin nak turun dari kereta semata-mata nak ambil gambar poster ni semua.. Macam biasa, aku  ambil gambar dari dalam kereta je, dengan keadaan kereta yang bergerak perlahan.. 


p/s: Buatlah pilihan dengan bijak... Jangan main ikut cakap orang je.. Tetapkan hati, bulatkan tekad.. Perang poster takpe.. Jangan perang mulut dah laaa.... heeeeeeeee....

3 Tukang Tembak:

With Julia said...

Tu dia perang poster hehhe kadang2 kak azz ju balik kerja rasa mcm jln pulang x betul jek...rasa tersesat jln ke ek sbb poster mukan mainnnn penuh tepi ats bawah kiri kanan jln kak...hahhaha kena pakai GPS lepas nih kak tersesat balik umah heheh

Acik Erna said...

tu namo e tak do joki kn azz..dan plan cantik..ado halangan pulak

Tinta Lana said...

Saya suka sbnrnya perang poster ni. Mcm2 idea kreatif dpt sy tgk,hahaha. Dah la sya mmg suka bab2 kreatif ni.

Hurmm, ikutkn sy punya planning pun nak pi book fair ri ni kak. Tak menjadi juga. Eh..bila nak pergi ni ya,huhuh

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »