Assalamualaikum...
Tak suka, benci atau pura-pura..
Kata aku pulak, aku memang tak boleh nak maniskan muka dengan benda, perkara atau orang yang aku tak suka.. Kalau aku maniskan muka sekalipun, pasti nampak riak yang bertentangan kat muka aku tu.. Nampak sangat yang aku tak ikhlas dalam memaniskan muka.
Maaf, aku tak pandai nak berpura-pura jika ianya membabitkan apa yang aku tak suka apatah lagi apa yang aku benci..
Namun, jika aku suka, sinar itu akan jelas terpancar di sebalik senyuman.. kehkehkeh....
Jalan penyelesaiannya ialah samada aku jauhkan diri dari semua yang aku tak suka ataupun orang yang buat benda yang aku tak suka tu menjauhkan dirinya dari pandangan aku.. Dan aku pilih yang pertama iaitu aku yang perlu menjauhkan diri dari benda, perkara atau orang yang aku tak suka tadi sebelum ianya menjadi semakin parah.. Dalam masa yang sama, cuba untuk tenangkan diri daripada memberi reaksi yang menyakitkan hati..
p/s: Tak suka bukan bermaksud benci.. Susah nak perjelaskan secara terperinci.. :p
0 Tukang Tembak:
Post a Comment