Assalamualaikum...
Lempang laju-laju dengan Slap Chop..
Ehh, bukan lempang orang tau.. Ini adalah sejenis pemotong pantas yang diberi nama Slap Chop.. Dekat nak raya ni tentu banyak kerja nak buat kat dapur tu, kan.. Jadi, kalau tengok cara penggunaan benda alah ni, macam mudah je.. Just ketuk atau tekan je kepala Slap Chop tu.. Lagi banyak ketukan yang dibuat, lagi halus cincangan yang kita dapat.. Kalau ketuk sekali, makan potongan tu kira sekali je la..
Wooooaaaaaaaa.....!!! Sangatlah teruja tengok mamat ni mengetuk benda alah tu.. hahaha.. Memandangkan mulut Slap Chop ni tak berapa besar, maka kenalah belah atau potong dulu mana-mana bahagian yang agak besar, biar sesuai dengan mulut Slap Chop tu..
Siapa nak order benda ni, boleh la hantar mesej kat page Slap Chop ni..
Pelbagai jenis sayuran dan buahan yang boleh dicincang dengan mudah seperti bawang besar, bawang putih, tomato, lobak dan sebagainya dengan menggunakan Slap Chop ni. Tapi kalau kena buah yang agak keras, mau bengkak jugak tapak tangan nak mengetuk benda tu.. Kalau ketuk guna tukul besi boleh tak agaknya ya... hehe... Ingatkan syampoo je guna jaripun boleh.. Slap Chop ni pun boleh guna jari jugak.. Hebat tak..?
p/s: Jangan bagi anak buat main Slap Chop ni.. Kang ada pulak dorang masukkan bola hoki kat dalam tu... Wakakakaka... Haru je nanti...
3 Tukang Tembak:
Cara pengacara tu ketuk, buat kita rasa..teruja nak beli kak :D
Tak leh blah main campak, terus masuk sinki, sempoi giler,hahahaha
Yg best,part boleh asingkan kulit epal tu..
pergh, menarik giler..
kalau la boleh dapat kt pasar tani jer.. haha
wah bestnya...berapa lak harganya ye...mesti mahal jugak ni...
Post a Comment