Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, September 2, 2013

Contoh ayat nak mengayat...

Assalamualaikum...

Contoh ayat nak mengayat...


Salah satu contoh ayat nak berkenalan ataupun ayat untuk mengayat yang masuk kat inbox fb aku adalah seperti kat bawah ni..  



Ada dua tiga lagi ayat dari orang yang berlainan tapi orang tu aku dah block dan dorang dah tak boleh nak add aku lagi.. Berdasarkan gambar profile mereka, mereka adalah orang putih, bukannya negro.. Tapi gambar profile bukannya boleh percaya.. hehh..


Aku tak banyak dapat mesej macam ni sebab aku punya setting kat akaun fb tu terhad. Salah satu sebab aku kecilkan skop pencarian adalah untuk mengelakkan orang yang aku tak kenal, yang aku tak tau dari ceruk mana datangnya dia, tiba-tiba je add aku.. 


People only treat you one way.. The way you allow them..


Maaf la, aku tak berminat dengan ayat mengayat semua ni.. Nampak sangat pembohongan kat ayat tu bila dia tulis cute dengan love at first sight tu.. Rasa macam nak muntah hijau.. Kembang tekak.. 


p/s: Semuanya bermula dari diri kita sendiri samada nak layan ataupun tidak semua jenis ayat mengayat ni... 

2 Tukang Tembak:

Shark Kay said...

Secret admire tu:-P
Hati2 dgn org cmni..

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Yang selalu jadi mangsa penipuan mcm dlm berita tu, mula2 startnya mcmnila..kan kak..

Diorg ni pun satu, mudah sgt terpedaya...

Tak logik..jumpa tak pernah..kenal tidak, tiba2 ayat pujuk rayu tu super power betul,hik3

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »