Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, September 2, 2013

Laku tak...?

Assalamualaikum...

Laku tak...?


Aku baru lepas ikat plastik sampah ni.. Isi dia terburai lalu jatuh ke tanah. Bersilat aku dengan satu batalion kerengga yang dok hurung sampah yang jatuh tu.. Disebabkan dorang ramai, terkena la jugak sedas dua gigitan dorang...Eiii... nyampah betul...




Lepas je ikat plastik sampah tu, mata aku tertancap (bahasa novel.. hehhh...) pada sekeping kertas kat atas tanah tu.. Dalam masa nak mengutip tu, aku terlompat-lompat menepis serangan sang kerengga... 




Rupa-rupanya kertas tu adalah sekeping duit lima ringgit... Wahh, terus hilang bisa kena gigit kerengga... haha... Tapi... duit tu dah sempong kat sudut tepi dia.. Nombor siri duit tu pun ada yang tak nampak.. huhuhu...




Laku tak duit yang dah koyak macam ni ehh...? Kalau tak laku, buat rugi je, kan.. Lima ringgit tuuuuuuuuu....!!! Boleh beli dua kilo gula pasir.. Boleh ke kita tukar duit koyak ni kat mana-mana bank atau cuma satu dua bank je yang terima duit koyak macam ni.. Tak kan la nak kena pergi Bank Negara kottt... huhuhu... 


p/s: Bank Simpanan Nasional (BSN) terima tak duit koyak macam ni.. Siapa kerja bank atau siapa yang pernah hadapi masalah besar macam ni (besar la sangat,kann... hehh...), mehh la kongsi info sikit... Ishhh, jangan la kedekut pengalaman...

3 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Tu diaa..bersilat dengan batalion kerengga..wowww! hahahahh

Urmm..taktau laku ke tak kak..huhu..saya rsa..elok akk cuba gi bank..tnya dulu di bahagian kaunter depan/kaunter pertanyaan..

Kalau terus bawak kekedai..takut tokey kedai tu plak yg bersilat dengan akak,hik3

Acik Erna said...

Akak pun tak tau azz.kok ado duit yang tak longkap tu akak asing an yo

Shark Kay said...

Rasanyer x boleh dh,
Sbb nom siri xdek..
Kalu ada nom siri boleh lg..
Nom siri tu pnting sbb bleh taw duit palsu atau tdak..
Tp tu shark punya opinion..
Tunggu org laen jawab plak.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »