Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, October 4, 2013

Satu biji untuk lima kilo..

Assalamualaikum...

Satu biji untuk lima kilo..


Apa benda yang satu biji untuk lima kilo ni..? Sabar... Ni nak bagitau la ni.. hehe.. 


Tengok je gambar kat bawah ni konpem tau untuk apa.. Siap tulis lagi kat plastik tu.. Takut pulak nanti aku yang tertelan ubat cacing kucing tu kalau tak tulis.. hehe..




Citer dia camni.. Semalam ada sorang anak kenalan kakak ipar aku datang rumah. Dia nak pinjam sangkar kucing kakak ipar aku tu sebab dia nak bawak kucing dia pergi klinik.. So, akupun kirim la kat dia untuk belikan ubat cacing.. Tu yang dia belikan tu..


Muka baru lepas telan pil.. haha..


Pastu, dia bagitau kakak ipar, sebiji pil tu untuk kucing yang berat dia lima kilo.. Kucing kat rumah aku ni takde la sampai berat macam tu.. Paling tidakpun berat dia tiga kilo je.. Itupun berat si Momok.. Aku baru je timbang dia tadi guna penimbang berat abang aku.. hahaha..


Lepas telan pil, bagi la dia makan keropok dia tu.. Cepat sikit pil tu hadam.. hehe.. Pil lagi sekerat tu aku suapkan kat mulut si Popok tu.. 


Disebabkan berat Momok tak mencukupi, akupun potong dua pil tu.. Kang bagi lebih-lebih kang, takut ada efek apa-apa.. Dah la Momok ni baru je nak pulih.. Sejak pertama kali Momok pergi klinik hari tu, sampai sekarang ni aku tak bawak lagi dia ke klinik.. Sepatutnya kalau ikut jadual, masa raya hari tu dah kena bawak dah.. Tapi aku tersangat la malasnya nak ke klinik tu.. Tambahan pulak bila tengok Momok dah okay sikit dah..









p/s: Melayan kucing bermain jugak merupakan satu terapi.. Melayan tahi kucing pulak buatkan hati dan mata aku berapi-api.. hahaha...

1 Tukang Tembak:

Ummiarissa Mahdi said...

dulu pernah bela kucing,tapi tang nak suci mensuci taik dia tu yang tak tahan...dulu takde anak,sekarang anak dah ramai sangat,takut tak terbela kucing ni...saya suka kucing tau...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »